Site icon Sabah Baru News

Pelantikan Annabell Perian sebagai Ahli Dewan Negara bukti Ketua Menteri iktiraf wanita – Norazlinah

Norazlinah berkata, pelantikan ini membuktikan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sangat perihatin kepada golongan wanita di Sabah jika dibandingkan dengan kepimpinan terdahulu.

KOTA KINABALU : Pelantikan Annabell Perian sebagai Ahli Dewan Negara yang baharu merupakan satu lagi kejayaan serta pengiktirafan bagi golongan wanita di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Datuk Norazlinah Arif, pelantikan Annabell Perian ke jawatan penting bagi penggal tiga tahun berkuatkuasa 5 Mac pada hari ini membuktikan wanita mempunyai potensi serta kemampuan dalam kepimpinan setanding golongan lelaki.

Katanya, ini membuktikan kerajaan negeri dibawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor serta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu mengiktiraf peranan wanita di negeri Sabah.

Ketua Penerangan Wanita Gagasan Rakyat,Anna Bell @Suziena Perian mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara yang baharu bagi penggal tiga tahun berkuat kuasa 5 Mac.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada Annabell Perian atas pelantikan ini. Saya berharap ini menjadi bukti bahawa potensi dan bakat wanita adalah sama hebat dengan lelaki.

“Selamat bertugas kepada Annabell Perian, pikul amanah serta tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin sekali gus buktikan kewibawaan anda kepada rakyat negeri Sabah,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Norazlinah berkata, pelantikan ini membuktikan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sangat perihatin kepada golongan wanita di Sabah jika dibandingkan dengan kepimpinan terdahulu.

“Lihat sahaja jika di Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN), Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) melantik Datuk Amisah Yasin selaku ADUN Lantikan manakala Annabell Perian sebagai Senator Ahli Dewan Negara.

“Ini tidak berlaku dalam zaman kerajaan sebelum ini yang mana tiada wanita dalam senarai ADUN Lantikan atau Senator wanita dari kerajaan negeri sebelum ini. Secara tidak langsung membuktikan Ketua Menteri mengiktiraf peranan kaum wanita di negeri Sabah,” jelas Norazlinah.

TAMAT

Exit mobile version