Site icon Sabah Baru News

Pan Borneo dan jalan berlubang di Sabah

Azrul berkata Kerajaan negeri pimpinan GRS terbukti telah melaksanakan amanah dengan baik.

Antara isu yang menyelubungi rakyat Sabah sejak sekian lama ialah rangkaian jalan raya yang tidak efisen.

Jalan berlubang, jalan macam di bulan sering dikaitkan dengan keadaan jalan di beberapa tempat di Sabah.

Apa isu sebenarnya?

Antara komitmen paling penting yang dilaksanakan kerajaan (persekutuan) ialah pembinaan lebuh raya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah dan Sarawak (terima kasih kepada mantan Perdana Menteri DS Najib Razak) – lebuh raya Pan Borneo merupakan projek kerajaan persekutuan yang dilaksanakan di Sabah dan Sarawak bermula tahun 2016.

Mengapa projek Pan Borneo di Sabah lambat siap berbanding Sarawak?

Apabila berlaku perubahan kerajaan negeri Sabah pasca PRU14 kepada Warisan Plus, pada tahun 2019 rakan penyampaian projek dan kontraktor utama untuk projek ini telah ditamatkan tugas sebagai PDP dan menyerahkannya kepada Kementerian Kerja Raya. Ini menyebabkan projek lebuh raya Pan Borneo Sabah tergendala dalam jangka masa panjang sehingga hujung September 2020.

Selepas berlaku perubahan kerajaan negeri (pasca PRN16) kepada GRS, pelaksanaan Pan Borneo diteruskan, namun sudah ketinggalan hampir dua tahun berbanding Sarawak dari segi pelaksanaannya.

Progres pelaksanaan Pan Borneo di Sarawak amat baik. Ini disebabkan projek ini tidak ditangguhkan. Kestabilan politik amat memainkan peranan projek Pan Borneo di Sarawak berjalan dengan amat lancar.

Hari ini, mereka yang pernah memerintah malah menamatkan kontrak pelaksana Pan Borneo 5 tahun lalu bertindak sebagai hero. Media sosial dijadikan medan untuk mengadu domba dan memprovokasi kononnya kerajaan negeri tidak melakukan apa-apa untuk kesejahteraan rakyat. Padahal, jika projek ini tidak ditangguhkan/ditamatkan kontrak pelaksana pasti hari ini kita akan menikmati kemudahan jalan raya yang lebih selesa sekali gus kerajaan negeri pada ketika ini boleh menumpukan perhatian untuk menyelesaikan isu lain.

*Azrul bin Ibrahim merupakan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat

Exit mobile version