Site icon Sabah Baru News

Jangan persoalkan kedaulatan Sabah dalam Malaysia: KM

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri (KM) Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Kerajaan Negeri menolak sekeras-kerasnya sebarang tuntutan ke atas Sabah yang sama dengan mempersoalkan kedaulatan negeri dalam Persekutuan Malaysia.


Pendirian kukuh Kerajaan Persekutuan untuk tidak melayan dakwaan terbaharu kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai United Tausug Citizens (UTC), Hajiji berkata Sabah juga mendapat sokongan masyarakat global mengenai perkara ini.


Beliau turut menegaskan sekali lagi bahawa rakyat Sabah telah memilih untuk bersama sama membentuk Persekutuan Malaysia melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) oleh itu, sebarang tuntutan luar terhadap negeri Sabah tidak akan diiktiraf oleh Kerajaan Negeri mahupun rakyat.


Malah, tuntutan pewaris Kesultanan Sulu yang tidak berfungsi serta tidak berasas itu berakhir dengan pemenjaraan penimbang tara Dr Gonzalo Stampa, katanya.


Ketua Menteri menegaskan dakwaan oleh UTC atau mana-mana kumpulan ke atas Sabah tidak lain adalah hanya satu percubaan remeh semata-mata untuk mengganggu gugat keamanan negeri dan ia sama dengan mengancam kedaulatan negara.


Tamat

Exit mobile version