Site icon Sabah Baru News

Memalukan !!! Mat Yo ‘dedah’ tidak dapat gaji sejak Jun

Memalukan !!! Mat Yo ‘dedah’ tidak dapat gaji sejak Jun. Penyerang berpengalaman, Norshahrul Idlan Talaha mendedahkan kebanyakan pemain Melaka United FC tidak mendapat bayaran gaji sejak Jun lalu.

Norshahrul atau lebih mesra dengan panggilan ‘Mat Yo’ berkata, masalah dalaman pasukan terbabit bukan lagi rahsia memandangkan semua pihak sudah mengetahuinya, malah itu menjadi antara punca prestasi Melaka United merudum.

Katanya, sehingga kini pengurusan pasukan belum membuat sebarang pembayaran membabitkan tunggakan gaji berkenaan walaupun pemain sudah mengadakan perjumpaan bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Melaka United iaitu Datuk Seri Justin Lim.

“Cuma sekarang ini, dengan masalah dihadapi Melaka United kita tahu pemain luar pun tak nak main.

“Sekarang ini, saya serahkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) serta pengurusan pasukan untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Mengikut rekod, Melaka United FC tidak dibenarkan beraksi dalam Piala Malaysia 2022 susulan kegagalan melunaskan tunggakan gaji pemain dan pegawai.

Keputusan itu dibuat Ahli Lembaga Pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selepas Melaka United gagal menyelesaikan bayaran tunggakan gaji seperti tarikh ditetapkan.

Lebih malang lagi, Melaka United gagal meraih lesen kebangsaan bagi menyertai saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan selepas tidak memenuhi kriteria ditetapkan First Instance Body (FIB) FAM.

Selain itu, Mat Yo berkata, hasratnya untuk beraksi bersama skuad kebangsaan kemungkinan terbantut apabila Melaka United tidak beraksi di Piala Malaysia.

“Keinginan untuk membantu skuad Harimau Malaya sudah tentunya ada, namun kita pun tahu Melaka United tidak beraksi di Piala Malaysia, jadi bagaimana saya mahu mempamerkan kemampuan untuk tersenarai dalam pasukan kebangsaan,” katanya.

puteradaily

Exit mobile version