Site icon Sabah Baru News

Insiden miskin tegar di Sabah

Bung perlu jujur apabila merujuk pada insiden miskin tegar, kerana mereka itu mendiami kawasan-kawasan terpencil dan berselerak. Dan tentunya Bung tahu Daerah Tongod itu dalam Parlimen Kinabatangan yang beliau wakili sejak tahun 1999 sebagai ahli parlimen. (Gambar hiasan)

DATUK Bung Moktar Radin menyalahkan sepenuhnya Hala Tuju Sabah Maju Jaya sebagai punca insiden kemiskinan tegar di 8 daerah di Sabah iaitu Tongod (5.9%), Beluran (5%), Pitas (4.8%), Kinabatangan (4.6%), Kota Marudu (4%), Tuaran (2.6%), Ranau (2.4%) dan Lahad Datu (2.4%), manakala nasional 0.2%, seolah-olah hala tuju kerajaan negeri tidak berbuat apa-apa mengeluarkan rakyat yang terkategori miskin tegar.

Ukuran bagi miskin tegar merujuk kepada isi rumah dengan pendapatan bulanan bawah RM1,169,manakala nmereka yang berada dalam kemiskinan mutlak berpendapatan kurang RM2,208.

Penulis tidak mempunyai maklumat kaedah yang digunakan dalam survei pendapatan dan perbelanjaan Isi Rumah 2022, apakah menerusi kaedah itu telah diambilkira keperluan harian isi rumah yang tidak dimonetisekan seperti hasil kebun, hasil perburuan, hasil tangkapan ikan, hasil tanaman yang dikonsumi secara langsung, kerana di kawasan pedalaman atau luar bandar telah menjadi amalan rakyat tidak mengunakan wang untuk keperluan harian seperti beras, sayuaran, ikan atau daging.

Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin.

Jika survei itu gagal memonetisekan keperluan harian rakyat di kawasan terpencil itu, maka sudah tentu menyumbang pada insiden kemiskinan, kerana survei tersebut menggunapakai pendapatan dalam nilai wang.

Data berkaitan insiden kemiskinan tegar sangat berkaitan dengan kemudahan asas dan aktiviti ekonomi, atas sebab tanpa adanya kemudahan asas hasil rakyat tidak dapat ditukar menjadi wang maka dengan sendirinya hasil itu tidak menyumbang sebagai pendapatan.

Apakah Bung tidak terfikir dengan daifnya kemudahan asas di daerah-daerah itu adalah penyumbang kepada insiden kemiskinan? dan ianya bukan disebabkan oleh slogan Sabah Maju Jaya, kerana slogan Sabah Maju Jaya mempunyai visi jelas bagaimana mengeluarkan daerah-daerah yang mempunyai insiden miskin yang ramai menerusi penyediaan kemudahan asas, membawa projek-projek ke kawasan tersebut seperti loji klinker dan simen di Daerah Tongod, projek-projek pertanian bersepadu dan sebagainya.

Bung perlu jujur apabila merujuk pada insiden miskin tegar, kerana mereka itu mendiami kawasan-kawasan terpencil dan berselerak. Dan tentunya Bung tahu Daerah Tongod itu dalam Parlimen Kinabatangan yang beliau wakili sejak tahun 1999 sebagai ahli parlimen.

Mengukur pendapatan dan perbelanjaan mengunakan nilai wang tidak menunjukkan keadaan sebenar jika dikaitkan dengan daerah terpencil. Pengalaman penulis tinggal selama enam bulan di kawasan seumpama ini di sebuah desa terpencil di Jawa Barat Indonesia, mendapati, rata-rata rakyat tidak mempunyai wang, akan tetapi, mereka hidup selesa, cukup gizi, ada rumah. Kebanyakan rakyat saling tukar hasil masing-masing, yang tanam padi, tukar dengan kelapa, binatang peliharaan atau ikan ternakan, hampir sepenuhnya “barter trade”. Apa kah di daerah-daerah yang disurvei itu telah mengambilkira cara perdagangan tradisional ini? jika gagal, maka survei itu tidak mewakili keadaan sebenar.

Kalaupun Bung alergi sangat dengan slogan Sabah Maju Jaya, jangan lah menyasarkan slogan itu sebagai punca insiden miskin tegar di 8 daerah yang disebut Menteri Ekonomi-Rafizi Ramli, melainkan perlu mengakui keadaan 8 daerah itu, sudah lama berketegori demikian kerana faktor daifnya kemudahan asas dan kurangnya aktiviti ekonomi yang membolehkan hasil rakyat menjadi wang.

Apa kah Bung tidak sedar selama 20 tahun sebagai wakil rakyat pada daerah yang mempunyai insiden miskin tegar, berkaitan punca kemiskinan itu? tepuk dada tanya selera.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

Exit mobile version