Site icon Sabah Baru News

DUN ke-16 Sabah hanya tamat pada Oktober 2025

Bagi parti GRS sebagai peneraju kerajaan hari ini, tempoh sepenggal adalah mencukupi mengenalpasti apa kah wakil-wakil rakyat parti itu masih sebagai calon boleh menang atau sebaliknya. .

KEMUNGKINAN besar tiada PRN-17 Sabah lebih awal, apabila Ketua Menteri mengingatkan bahawa penggal ke-16 DUN Sabah hanya tamat pada Oktober 2025.

Kerajaan GRS-PH Plus cenderung menghabiskan tempoh 5 tahun sebelum meminta mandat semula daripada rakyat.

Berasaskan senario politik Sabah mutakhir ini dilihat tiada keperluan mengadakan pilihan raya mengejut memandangkan suhu politik negeri stabil.

Selain keadaan politik stabil, tempoh 5 tahun diperlukan oleh kerajaan untuk merealisasikan sebahagian besar perancangan yang telah disusun atur. Juga memberi peluang sebaik mungkin pada wakil-wakil rakyat berkhidmat pada kawasan masing-masing.

Tempoh 5 tahun adalah tempoh masa yang mencukupi pada rakyat menilai wakil-wakil rakyat yang mewakili mereka, apa kah wakil-wakil rakyat itu perlu diberi mandat semula.

Bagi parti GRS sebagai peneraju kerajaan hari ini, tempoh sepenggal adalah mencukupi mengenalpasti apa kah wakil-wakil rakyat parti itu masih sebagai calon boleh menang atau sebaliknya.

Latar belakang politik Sabah penyandang kerusi tiada jaminan sebagai calon boleh menang, dan memilih penyandang yang tidak diminati rakyat adalah kelemahan parti-parti yang menerajui kerajaan pada masa lalu.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam meletakan calon, perlu mengenalpasti bahawa calon yang dipilih itu selain calon boleh menang akan tetapi juga disukai rakyat.

Diingatkan parti-parti komponen gabungan itu jangan bergantung sangat dengan kedudukan bakal-bakal calon di peringkat parti, melainkan perlu didasari perkhidmatan, sumbangan dan pendekatan mereka di peringkat akar umbi.

Bukan keadaan luarbiasa, mereka yang mempunyai kedudukan dalam kerajaan boleh ditolak rakyat, jika mereka itu “lupa daratan” kerana “mabuk” dengan kedudukan dan kuasa.

Rekod pilihan raya negeri terdapatnya senerai panjang mereka yang berkedudukan dalam kerajaan ditolak rakyat. Atas sebab itu, tempoh 5 tahun adalah masa yang mencukupi untuk menilai apakah mereka yang berkedudukan itu menyumbang kemenangan atau liabiiti.

Era komunikasi terbuka adalah mudah mengenalpasti mereka yang mempunyai kedudukan apakah kekal sebagai pendokong atau bakal menjadi punca kekalahan. Era sekarang sedikit sekali kelemahan seseorang pemimpin yang berkedudukan itu tidak diketahui rakyat.

Atas sebab itu, mana-mana pemimpin yang mempunyai kedudukan dan tanggungjawab yang diamanahkan lunaskan semuanya kerana ianya lebih baik pada kedudukan secara peribadi dan juga menyumbang pada kekuatan parti. Fikir-Fikirkan.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

Exit mobile version