Site icon Sabah Baru News

Masih adakah kerusi boleh dimenangi oleh UMNO Sabah?

Selepas 24 tahun UMNO menerajui kerajaan negeri tidak juga dapat menunaikan aspirasi dan harapan rakyat yang masih terbeban dengan isu-isu kemudahan asas yang sepatutnya tidak berlaku lagi pada sebuah negeri yang merdeka lebih setengah abad.

BETUL Umno Sabah adalah parti besar berdasarkan jumlah keahlian dalam rekod, akan tetapi dalam keadaan sebenar tidak lagi.

Keputusan PRN2023 enam negeri menunjukkan keadaan sebenar, kerana di negeri-negeri di suatu masa lalu dikuasai parti itu ternyata berlaku sebaliknya.

Umno bukan lah parti tempatan Sabah, ertinya tiada ikatan nostalgia antara rakyat dengan parti itu. Parti itu mendapat sokongan pada masa lalu kerana dapat menyatupadukan beberapa pemimpin yang berbeza haluan.

Selepas 24 tahun parti itu menerajui kerajaan negeri tidak juga dapat menunaikan aspirasi dan harapan rakyat yang masih terbeban dengan isu-isu kemudahan asas yang sepatutnya tidak berlaku lagi pada sebuah negeri yang merdeka lebih setengah abad.

Betul lah Firman Allah SWT dalam surah Ar-Rad ayat 11 “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang pada diri mereka”.

Selepas 24 tahun para pemimpin Sabah yang progresif dan ke hadapan mengambil iktibar pada Firman Allah SWT tersebut, lalu menubuhkan parti tempatan Sabah untuk merealisasikan aspirasi, harapan dan perubahan.

Berpandukan senario politik semasa, nampaknya rakyat Sabah umumnya berkenderungan pada parti tempatan, dan dengan itu menjadi asas kuat bahawa Umno Sabah semakin hilang kawasan untuk dimenangi.

Perlu diingat Umno Sabah banyak kehilangan kawasan yang biasa dimenangi pada PRU-14, dan diteruskan pada PRN-16 Sabah apabila hanya menang 14 daripada 31 walaupun mendapat sokongan daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ekoran parti itu ditinggalkan oleh para pemimpin berkelibar dan kini dipimpin oleh mereka yang hanya pandai bercakap, maka bukan sahaja rakyat secara umum menolaknya malah oleh sebahagian besar ahli parti itu.

Umno Sabah pada waktu sekarang hanya dilihat gah di peringkat kepimpinan akan tetapi tidak lagi di peringkat akar umbi.

Ketiadaan pimpinan yang boleh membawa sokongan pada parti itu, menambah semakin hilangnya kawasan yang boleh dimenangi, malah kawasan-kawasan yang dimenangi pada PRN16 tidak selamat lagi termasuk lah DUN Lamag.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

Exit mobile version