Site icon Sabah Baru News

Tawaran baru BN-Sabah hanya tukar kulit

Mereka yang memimpin Umno Sabah bukan calang-calang, ada yang menjadi wakil rakyat berpenggal-penggal, menteri Persekutuan dan negeri, akan tetapi selama lebih 20 tahun bersama BN tidak juga dapat menyelesai isu yang dihadapi rakyat dan negeri sejak merdeka.

JANGAN sesekali terperangkap dengan kulit buku yang diperbaharui sedangkan isi dan kandungan sama.

BN Sabah dikatakan menyediakan tawaran baru untuk menarik sokongan rakyat sempena PRN-17 untuk mengambil alih kerajaan negeri.

Agak-agaknya tawaran baru itu dalam bentuk apa? Apakah menidakan kegagalan selama lebih 20 tahun? Asas apa yang bakal digunakan dalam tawaran baru itu? apa kah menokoh tambah misi Sabah Maju Jaya?

Isu rakyat dan negeri sangat jelas kerana berkisar pada kemudahan asas, aktiviti ekonomi, dua faktor ini menyumbang pada kemiskinan dan pengangguran.

Lebih 20 tahun diberi peluang memerintah negeri, jika memang serius maka masalah-masalah yang dihadapi rakyat sekarang ini sepatutnya tidak berlaku.

Mereka yang memimpin Umno Sabah bukan calang-calang, ada yang menjadi wakil rakyat berpenggal-penggal, menteri Persekutuan dan negeri, akan tetapi selama lebih 20 tahun bersama BN tidak juga dapat menyelesai isu yang dihadapi rakyat dan negeri sejak merdeka.

Mereka mereka yang bersama BN gagal menyelesaikan masalah-masalah rakyat dan negeri? sebabnya hanya satu-tiada keseriusan memajukan dan membangun negeri. Atas sebab tidak serius maka selain tidak menunaikan hak-hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) juga ketidak seimbangan dalam peruntukan pembangunan.

Berdekad-dekad, peruntukan pembangunan untuk Sabah daripada Persekutuan kurang 10 peratus daripada peruntukan pembangunan negara.

Kerana peruntukan pembangunan yang minimum maka penyebab harapan bapa-bapa kemerdekaan Sabah yang bersetuju membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 tidak tertunai atau terealisasi. Malah hasil mahsul negeri di bawa keluar daripada negeri untuk membangun dan memajukan Semenanjung yang memang pun jauh lebih maju dan membangun semasa Pembentukan Persekutuan Malaysia.

Juga disedari ataupun tidak pemimpin Sabah bersama BN khususnya dalam Umno perlu menjadi pak angguk jika ingin kekal pada kedudukan, maka ianya menjadi sebahagian faktor mengapa kemajuan dan pembangunan Sabah tertinggal berdekad-dekad. Selain itu faktor perpecahan pemimpin Sabah telah dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh para pemimpin Persekutuan untuk memastikan sentiasa akur termasuk dipujuk sebagai “Fixed Desposits” sebagai gambaran tersirat bahawa pemimpin dan rakyat Sabah tiada kemampuan menentukan hala tuju sendiri.

Pada rakyat Sabah cukup-cukup terperangkap dengan pujuk rayu dan harapan, sebaliknya perlu menentukan hala tuju sendiri menerusi kaedah sendiri dengan menetapkan pendirian untuk bersatupadu dalam platform sendiri, iaitu parti tempatan untuk merealisasikan RUMAH KITA, KITA YANG JAGA.

Parti tempatan yang bermisi memperjuangkan aspirasi dan merealisasikan harapan bapa-bapa kemerdekaan kita seperti mana dibutirkan menerusi MA63 adalah Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Gabungan parti-parti yang dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor mempunyai misi jelas iaitu kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan menerusi pendekatan Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper dan Sabah United demi SAYANGI SABAH.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

Exit mobile version