Site icon Sabah Baru News

Memperlekeh slogan Sabah Maju Jaya- sepatutnya Bung malu merujuk data

Berbuih mulut Bung bercakap di Parlimen berkaitan kemajuan dan pembangunan Parlimen Kinabatangan, bukan singkat lebih 20 tahun, sedangkan yang memerintah negara dan negeri (sehingga tahun 2018) adalah parti yang beliau puja dan sokong.

SEPATUTNYA Datuk Bung Moktar Radin malu merujuk data kemudahan asas, kemiskinan dan pengangguran hanya kerana memperlekeh slogan Sabah Maju Jaya hala tuju kerajaan negeri dibawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, kerana data yang dirujuk itu lah yang perlu ditangani, diselesaikan, kerana matalamat penyelesaian isu-isu yang dihadapi rakyat dan negeri berdekad-dekad adalah asas mengapa para pemimpin kerajaan lalu kini berkumpul dalam kerajaan baharu untuk melaksanakan pendekatan baharu yang lebih jitu dan pasti kerana selama lebih 20 tahun kaedah yang digunapakai tidak berkemampuan menyelesaikan isu-isu tersebut sehinggakan terpaksa diwarisi dari kerajaan ke kerajaan.

Pendekatan baharu yang digunapakai kerajaan baharu adalah “attacking the real problem” “once for all” tidak berlapik-lapik, seperti mana kaedah yang digunakan sebelum ini lebih bersifat bermegah-megah akan tetapi ibarat seorang doktor memberi preskripsi salah atau kesilapan mendignosis. Sebab itu peruntukan besar menerusi Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) habis dibelanjakan akan tetapi tiada kesan di lapangan, ertinya masalah yang sepatutnya diselesaikan tidak selesai malah bertambak kronik.

Dalam tempoh tiga tahun pendekatan kerajaan negeri yang berpandukan pada masalah sebenar lebih efektif untuk menyelesaikan masalah-masalah berdekad-dekad dan sebab itu kerajaan pimpinan Ketua Menteri Sabah perlu sedikit masa untuk merealisasikan apa yang telah dirancang.

Masalah utama rakyat dan negeri adalah kemudahan asas, ianya dalam rangka penyelesaian baik jangka pendek mahupun jangka panjang, isu ekonomi (kemiskinan dan pengangguran) sedang ditangani seperti mana dibuktikan menerusi peningkatan kutipan hasil negeri, pelaburan, nilai perdagangan yang terus meningkat. Peningkatan ini membolehkan kerajaan negeri mempunyai dana yang cukup untuk digunakan.

Menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi kuncinya terletak pada dana yang boleh dibelanjakan, bukannya pada cakap-cakap berapi-api seperti tin kosong.

Berbuih mulut Bung bercakap di Parlimen berkaitan kemajuan dan pembangunan Parlimen Kinabatangan, bukan singkat lebih 20 tahun, sedangkan yang memerintah negara dan negeri (sehingga tahun 2018) adalah parti yang beliau puja dan sokong. Sebab itu, apabila Pengerusi Umno Sabah itu merujuk data dan fakta sebagai asas mempersoal slogan Sabah Maju Jaya, sepatutnya beliau merasa malu, kerana ianya seperti maksud bidalan meludah ke langit terpecik di muka sendiri.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

Exit mobile version