Site icon Sabah Baru News

Kelewatan penyiapan Pan Borneo, pemimpin Warisan cuba dolak dalik

Faktor utama yang tidak boleh dinafikan ialah berlaku pertukaran kerajaan di Sabah pada 2018 apabila ahli parlimen Semporna sendiri menjadi ketua menteri dan membatalkan model rakan penyampai projek (PDP) pada masa itu . Dan ini telah melambatkan pelaksanaan pembangunan Pan Borneo Sabah menurut mantan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup.

RAKYAT Sabah yang peka maklumat tidak akan lupa tindakan Kerajaan Parti Warisan yang dipimpin Datuk Shafie Apdal membatalkan kaedah pelaksaan Lebuh Raya itu daripada kaedah Rakan Penyampai Projek (PDP) kepada keadah konvensional pada tahun 2019.

Ekoran pembatalan itu, maka menyebabkan projek itu kehilangan keupayaan daripada segi pendanaan dan bergantung harap catuan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

Kesan pembatalan itu menyebabkan tindakan “relook” semula termasuk melantik kontraktor baharu, kekurangan pakar, selain perlu penyediaan “BQ” baharu adalah penyebab kelewatan.

Hanya kerana tindakan menunjuk hebat dan pandai, maka projek yang sepatutnya hampir siap sepenuhnya terbengkalai.

Ketika bercakap di Dewan Rakyat , Shafie (Warisan-Semporna) mempersoalkan dakwaan Kurup bahawa 65 peratus lebuhraya PanBorneo telah pun siap.Bagaimanaun, Kurup kemudian menyalahkan pentadbiran terdahulu atas kelewatan pembangunan lebuhraya terbabit.

Apabila projek terbengkalai wakil Parti Warisan pula cuba berdolak dalik dengan menimbulkan banyak pertanyaan dan soalan pada menteri yang bertanggungjawab seolah-olah kelewatan pelaksanan disebabkan oleh kementerian.

Pemimpin parti Warisan seperti kera mendapat bunga semasa menjadi kerajaan menerusi tebuk atap telah bertindak tanpa memikirkan kesan baik dan buruk semasa menjadi kerajaan bukan sahaja melibatkan pembatalan PDP Pan Borneo tetapi juga pembatalan geran komunal, menukar kaedah pengurusan air negeri dan banyak lagi sehinggakan memberi kesan pada rakyat dan negeri.

Kepada rakyat Sabah perlu mengambil iktibar era kerajaan Warisan Mei, 2018- September 2020, Jika berulang lagi maka boleh melingkupkan negeri, maka alamatnya menderita lah rakyat.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

Exit mobile version