Site icon Sabah Baru News

Non-Revenue Water (NRW) kerugian kutipan hasil

Tarif air Sabah adalah 30 sen semeter padu (1000 liter). Oleh kerana NRW sebanyak 132juta liter atau 132,000 meter padu, maka kerugian harian adalah RM39,600 atau setahun RM14.454 juta.

PADA April 2023 Timbalan Ketua Menteri III negeri Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya dilaporkan berkata kadar Non-Revenue Water (NRW) bagi Sabah sangat tinggi iaitu 60 peratus.

Jika permintaan air 220 juta liter, maka Jabatan Air perlu menyalurkan ke perpaipan 352 juta liter, akan tetapi 132 juta liter tidak mendatangkan hasil pada jabatan.

Tarif air Sabah adalah 30 sen semeter padu (1000 liter). Oleh kerana NRW sebanyak 132juta liter atau 132,000 meter padu, maka kerugian harian adalah RM39,600 atau setahun RM14.454 juta.

Jika syarikat perawat air berpandukan pada volume yang disalurkan ke perpaipan, maka Jabatan Air (JANS) perlu membayar 352 juta liter, maka kutipan hanya pada 220 juta liter.

Dengan kewujudan NRW JANS berdepan “double trouble” rugi kutipan pada volume yang dibeli daripada konsisi pembekal air.

Dikatakan punca NRW kerana perpaipan yang telah usang selain faktor kecurian air.

Air sebenarnya disediakan oleh Tuhan pada manusia, sebab itu 2/3 bumi ini adalah air. Oleh kerana angkara mnausia, air sepatutnya melimpah akan tetapi menjadi langka (scarce) dan jika manusia ingin mengkonsuminya maka perlu dirawat.

Kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan ratusan juta ringgit untuk membina loji-loji rawatan, perpaipan, untuk memenuhi keperluan rakyat.

Pun demikian, isu air sentiasa timbul, kerana berbagai faktor antara lain kemarau, perembesan air laut sehingga ke “water intake” seperti mana berlaku di Loji Rawatan Kecemasan Limbahau, Papar.

Isu perembesan air laut bukan sahaja berlaku di Papar pada masa kemarau ini, akan tetapi di Loji-loji Rawatan Air di Sandakan. Isu perembesan air laut di Sandakan kerana tadahan hujan sudah terhad kesan pembalakan berdekad-dekad di kawasan tersebut.

Isu perembesan air laut perlu menjadi pengajaran, bahawa kawasan hutan terutama tadahan hujan jangan diusik, kerana kesannya cukup besar.

Di Sabah, isu air bukan sahaja berkaitan NRW akan tetapi sumber air yang sudah terhad. Di harapkan dengan sumber terhad itu, pembinaan Hidroelektrik Tenom boleh menjadi penyelesai, kerana dikatakan projek itu boleh membekalkan sehingga 6000MLD (6juta meter padu air).

Untuk memaksimumkan kutipan hasil kerana perlu melabur pada perpaipan dengan mengganti perpaipan usang untuk mencegah NRW!!!.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

Exit mobile version