Site icon Sabah Baru News

Subsidi tiket penerbangan RM600 untuk pelajar IPT Sabah

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bergambar dengan sebahagian pelajar yang hadir sempena Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa Mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi di Semenanjung Bersama Ketua Menteri Sabah di Setia Spice Convention Centre, Pulau Pinang pada Isnin.

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk bantuan subsidi tiket penerbangan kepada semua pelajar Sabah yang belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta di Semenanjung, Sarawak dan Labuan. 

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor mengumumkan  bantuan itu semasa lawatannya ke Pulau Pinang sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Mahasiswa Mahasiswi IPT di Semenanjung di sini semalam

Katanya, bantuan khas secara ‘one off’ sebanyak RM600 seorang kepada pelajar Sabah itu adalah dana daripada peruntukan khas Ketua Menteri.

“Bantuan khas tiket penerbangan ‘one off’ itu akan diberi secara terus kepada pelajar berkenaan.

“Bagaimanapun, maklumat terperinci dan mekanisme pembayaran akan dibincangkan lebih lanjut oleh pihak-pihak berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, bantuan khas ini boleh digunakan pada bila-bila masa untuk pulang ke Sabah.

— TAMAT

Exit mobile version