Site icon Sabah Baru News

Kerusi Warisan dan BN terbuka pada parti komponen GRS

Warisan yang dipimpin bekas Naib Presiden Umno yang suatu ketika dahulu menerajui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW, kini KKDW) mempersiakan peluang itu, sementara peruntukan habis dibelanjakan tetapi tidak dapat dilihat kesannya di lapangan. Selain itu semasa menjadi kerajaan “by defult” bermula pada Mei 2018 sehingga September 2020, pertumbuhan ekonomi negeri menjunam daripada 8% ke negatif 9.2 peratus pada tahun 2020.

UNTUK memastikan kerukunan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) antara caranya parti-parti yang menyandang kerusi perlu mempertahankan kerusi masing-masing, jika ada parti yang bercadang menambah kawasan yang ditandingi termasuk parti-parti yang tiada kerusi seperti SAPP, USNO dan LDP hanya terbuka pada kerusi yang disandang Warisan dan BN.

Demikian juga jika ada kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) maka parti itu tidak meletakan calon pada kerusi-kerusi yang disandang GRS, demikian juga sebaliknya.

Terpulang pada PH jika berhasrat menambah kawasan yang ditandingi terutama UPKO, maka pilih lah kerusi-kerusi yang disandang Warisan dan BN.

Distribusi kerusi-kerusi antara GRS-PH Plus dalam DUN Sabah ketika ini cukup jelas dan berterusan sehingga tamat penggal.

Atas sebab distribusi yang jelas, jika memang berlaku kerjasama antara GRS dan PH, maka rundingan agihan kerusi hanya terhad pada kerusi-kerusi yang disandang Warisan dan BN.

Kerusi-kerusi yang disandang GRS termasuk mereka yang mesra GRS dilihat jika penyandang dicalonkan semula maka boleh mempertahankan kerusi masing-masing. Ertinya tiada keperluan menggantikan mereka itu kecuali yang sukarela tidak mempertahankan kerusi.

Pada PRN-17, GRS sudah pasti berhadapan dengan Warisan dan Umno, maknanya setiap kerusi yang disandang parti pemerintah itu akan ditandingi dua parti itu.

Umno sudah bertekad selain mempertahankan 14 kerusi yang dimenangi pada PRN16 semasa bersama GRS, juga cuba merampas 9 kerusi yang disandang GRS, khususnya yang disandang Gagasan Rakyat.

Pengerusi Umno Sabah Datuk Bung Moktar Radin dengan tegas tidak akan mencalon “ADUN” Umno yang telah menyokong Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor antara lain ADUN Tanjung Keramat, Tanjung Batu, dan besar kemungkinan juga ADUN Bengkoka dan Sungai Sibuga. Antara 4 ADUN ini, ADUN Tanjung Keramat dan Tanjung Batu jika mempertahankan kerusi maka boleh menang semula.

Melihat unjuran Umno dengan 23 kerusi, maka jelas parti itu bekerjasama dengan parti-parti lain terutama Warisan, dan mungkin juga komponen PH? kerana pada kedudukan DUN Sabah gabungan parti-parti jika berhasrat menubuhkan kerajaan perlu mempunyai sekurang-kurangnya 37/73.

Dilema GRS, Warisan dan BN sendiri adalah kerusi-kerusi yang disandang PKR dan DAP. Ertinya antara tiga parti itu, tiada yang akan meletakan calon pada kawasan-kawasan tersebut kerana mengambilkira senario politik Persekutuan, lagi pun dalam senario politik negara, kawasan-kawasan majoriti kaum cina selamat pada PKR dan DAP.

Dalam kedudukan GRS walaupun parti itu mempunyai misi RUMAH KITA, KITA YANG JAGA, kerjasama dengan PKR dan DAP perlu untuk memperkukuh hubungan di peringkat Persekutuan, lagi pun kerusi-kerusi yang disandang dua parti itu para pengundi di kawasan DUN-DUN tersebut menyokong dua parti itu berpenggal-penggal.

Pada PRN17 akan datang, khususnya komponen parti GRS yang tiada kerusi ada yang beria-ia sangat untuk bertanding, malah kedengaran ada “unsur ugutan”, malangnya hasrat mereka itu mahukan kerusi yang disandang komponen parti GRS yang lain kerana dipandang lebih selamat berbanding di kerusi-kerusi yang disandang Warisan dan UMNO/BN.

Jika memang keadaan ini berlaku, maka perlu KETEGASAN pengerusi Gabungan itu, untuk tidak sekali-kali membenarkan kerusi yang disandang parti komponen diambil alih oleh komponen lain atas sebab mengambilkira struktur kepimpinan GRS.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

Exit mobile version