Site icon Sabah Baru News

Wanita & Beliawanis Gagasan Rakyat Elopura santuni golongan asnaf

SUMBANGAN: Normawati (kanan) dan Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat Elopura, Nur Ashriah Awang Asmi (dua kiri) ketika menyampaikan sumbangan berkenaan.

SANDAKAN: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Elopura melaksanakan program Ziarah Sayang bagi menyantuni golongan asnaf di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Elopura.

Ketua Wanitanya, Normawati Sarjam berkata, program itu diadakan sempena meraikan bulan Ramadan dan prihatin dengan nasib golongan asnaf di sini.

Katanya, program itu adalah anjuran bersama sayap Wanita dan Beliawanis Gagasan Rakyat Elopura dengan pemberian sumbangan kepada golongan sasar.

“Kami berharap sumbangan ini dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh golongan asnaf lebih-lebih lagi ketika menghadapi bulan Ramadan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri akan datang.

“Saya menyeru kepada orang ramai yang mempunyai kelebihan pendapatan supaya tampil menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Menurutnya, program sebegini akan terus dilaksanakan supaya lebih ramai lagi golongan asnaf dapat dibantu.

“Sebagai parti yang menerajui kerajaan negeri sememangnya Gagasan Rakyat sangat prihatin dengan nasib rakyat yang kurang berkemampuan.

“Kerajaan negeri juga sudah banyak menyalurkan bantuan melalui program-program yang dilaksanakan oleh Gagasan Rakyat di seluruh Sabah,” katanya.

— Hamzah Sanudin

Exit mobile version