Site icon Sabah Baru News

Mangsa kebakaran Kampung Likas terima sumbangan

Redonah dan Aziah menyantuni mangsa kebakaran Kampung Muhibbah Likas yang ditempatkan di Dewan Serbaguna Likas.

KOTA KINABALU: Kira-kira 17 buah keluarga mangsa kebakaran Kampung Muhibbah Likas  telah menerima sumbangan daripada Wanita Gagasan Rakyat Sabah di Dewan Serbaguna Kampung Likas semalam.

Sumbangan berupa wang tunai tersebut disampaikan sendiri oleh Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Redonah Bahanda kepada mangsa kebakaran Kampung Muhibbah Likas. Beliau ditemani oleh Naib Ketua Wanita Aziah Atoh.

Sebanyak 10 rumah di Kampung Muhibbah Likas, di sini musnah dalam kebakaran pada 24 Mac baru-baru lalu menyebabkan 17 keluarga tinggal sehelai sepinggang.

Kejadian berlaku ketika beberapa keluarga baru sahaja terjaga untuk menyediakan juadah bersahur sekitar jam 3 pagi.

— TAMAT

Exit mobile version