Site icon Sabah Baru News

Pemuda Gagasan Rakyat Luyang anjur Program Agihan Bubur Lambuk

Fakhruz (tiga dari kanan) yang juga merupakan Exco Pemuda Gagasan Rakyat berkata program tersebut diadakan bagi memperkasakan, dan mempergiatkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan serta kesukarelawanan di kalangan belia di sekitar Luyang.

KOTA KINABALU: Sebanyak 500 bungkus bubur lambuk diedarkan kepada penduduk di sekitar Luyang pada Sabtu lepas di bulan Ramadan ini sempena Program Agihan Bubur Lambuk anjuran Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Luyang yang diketuai oleh Mohd Fakhruz Zaman Bin Datuk Arsit.

Fakhruz yang juga merupakan Exco Pemuda Gagasan Rakyat berkata program tersebut diadakan bagi memperkasakan, dan mempergiatkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan serta kesukarelawanan di kalangan belia di sekitar Luyang.

“Kita agihkan bubur lambuk ini di tempat-tempat tumpuan orang awam.

“Tidak lupa juga petugas-petugas khas keselamatan dan Kesihatan seperti di Hospital, Balai Polis dan Jabatan Bomba”, ujarnya.

Beliau berharap program ini  dapat memupuk, meningkatkan kesedaran dan menggerakkan peranan Pemuda bahagian sebagai agen penyatuan belia serta menyumbang kepada pembangunan komuniti yang lebih progresif khususnya di Luyang.

Turut menyertai Program Agihan Bubur Lambuk ini Ketua Penerangan Pemuda Gagasan Rakyat Luyang , Husni Al- Fakhari serta Ahli Jawatankuasa Pemuda bahagian.

TAMAT

Exit mobile version