KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan kerjasama antara parti di Unity Hall, Hongkod Koisaan, di sini, Khamis ini.
Warta Oriental melaporkan Majlis yang akan diadakan pada j18 April jam 2.30 petang itu akan disaksikan oleh Huguan Siou, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Para pemerhati berkata ini adalah satu perkembangan yang menarik bagi politik Sabah dan dijangka akan membawa kesan positif dalam pilihan raya akan datang.
— TAMAT