Site icon Sabah Baru News

STAR dan PBS sedia menandatangani persefahaman (MoU)

Facebook Jeffrey G. Kitingan hari ini melaporkan Presiden PBS Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili dan Presiden STAR Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan akan menandatangani MoU itu dengan disaksikan oleh Penasihat PBS Tan Sri Datuk Joseph Pairin Kitingan yang dijadualkan pada 18 April 2024, jam 4 petang di Hongkod Koisaan, Penampang.

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah) akan menandatangani Memorendum Persefahaman (MoU) untuk merealisasikan kerjasama antara kedua-dua pada khamis ini.

Facebook Jeffrey G. Kitingan hari ini melaporkan Presiden PBS Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili dan Presiden STAR Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan akan menandatangani MoU itu dengan disaksikan oleh Penasihat PBS Tan Sri Datuk Joseph Pairin Kitingan yang dijadualkan pada 18 April 2024, jam 4 petang di Hongkod Koisaan, Penampang.

Majlis penandatanganan itu diadakan setelah beberapa bulan menjalankan rundingan memupuk kerjasama antara PBS dan STAR untuk pilihanraya negeri yang akan datang, sekaligus mengakhiri ketegangan antara kedua-dua parti yang tercetus semasa pilihanraya Sabah 2020.

STAR di bawah pimpinan Jeffrey telah mengusahakan formula kerjasama untuk mengukuhkan asas politik kedua-dua parti sebagai komponen kerajaan gabungan, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mempunyai tujuh anggota.

MoU itu dilihat sebagai langkah strategik untuk memastikan kedua-dua parti tidak bertembung dalam pilihanraya sebagaimana yang telah terjadi pada pilihanraya Sabah 2020 yang berakhir dengan keputusan PBS mendapat tujuh kerusi dan STAR enam kerusi.

Sabotaj dalaman dilihat sebagai penyebab kekalahan beberapa kerusi, sebaliknya MoU itu merupakan usaha menyatukan dan mengukuhkan malah merupakan langkah penting dalam landskap politik Sabah.

— TAMAT

Exit mobile version