Site icon Sabah Baru News

Senario politik sekarang: GRS kekal bersama PH

Joniston merujuk kepada perhimpunan #KamiMahuAir yang diadakan pada petang Jumaat.

DALAM senario politik sekarang, tiada sebab Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bekerjasama dengan parti lain selain Pakatan Harapan (PH).

Pandangan parti lain di luar PH ada kemungkinan kerjasama dengan GRS pada PRN-17 disifatkan untuk melemahkan gabungan itu di mata rakyat.

GRS tidak boleh terjebak bermain di kolam yang banyak, kerana tindakan itu akan membawa padah termasuk kehilangan kepercayaan dan sokongan daripada rakyat.

Rakyat secara umum telah menerima keputusan GRS bekerjasama dengan PH selepas kegagalan satu gerakan menumbangkan kerajaan yang diterajui parti itu pada 6 Januari 2023, dan selepas lebih setahun menenerajui kerajaan menerusi kerajaan GRS-PH Plus, tercermin keserasian antara para pemimpin dan wakil rakyat masing-masing.

Dalam politik apabila terdapatnya keserasian maka ianya pemudahcara pada kestabilan politik, kerana masing-masing pihak memahami tanggungjawab masing-masing, dan seterusnya saling komplimen.

Terbukti sangat gandingan para pemimpin GRS-PH Plus mentadbir negeri, sangat minimumnya tindakan seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, melainkan saling melengkapi, dan paling menonjol setiap tindakan mereka merujuk pada panduan Ketua Menteri.

Keserasian antara para pemimpin dalam GRS-PH Plus adalah petunjuk bahawa kestabilan politik negeri akan semakin stabil selepas PRN-17, dan ianya menjadi pemangkin pada usaha kerajaan untuk merealisasikan harapan rakyat secara umum iaitu kemakmuran dan kesejahteraan.

Jika ada parti lain cuba mengambil kesempatan untuk melonggarkan keserasian yang dibina sejak 6 januari 2023, maka perlu ditolak daripada awal.

Penulis bersetuju sangat dengan kenyataan Ketua Penerangan GRS, Datuk Joniston Bangkuai, bahawa tiada keperluan bekerjasama dengan parti lain di luar PH termasuk pada PRN-17 Sabah akan datang.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

Exit mobile version