Site icon Sabah Baru News

Ikut jejak Parti-Parti Sarawak satu cabaran bagi GRS

Mengambil iktibar pada pencapaian Sarawak menerusi GPS (kiri), sebuah parti yang stabil dan konsisten,GRS (kanan) mengambil pendekatan Sabahfirst, Sabahforward, Sabahprosper dan Sabahunited demi Sayangi Sabah.

SATU-SATUNYA parti yang tidak pernah kehilangan kuasa adalah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan terus menjadi tunjang kerajaan Sarawak sehingga kini.

Parti itu bergabung bersama Barisan Nasional (BN) (1973-2018); (2020-2022), Gabungan Parti Sarawak (2018-kini) dan Gabungan Perpaduan PH-BN-GPS-GRS (2022-kini).

Parti yang memerintah Sarawak sejak Penubuhan Kerajaan Persekutuan pada tahun 1963, menjadi asas kesinambungan kerajaan negeri, polisi yang berterusan, dan kini, rakyat menuainya sehinggakan Sarawak menduduki tangga ke-4 perekonomian selepas Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Johor.

Pencapaian Sarawak itu kesan kestabilan politik, berbanding Sabah yang juga salah satu rakan kongsi Pembentukan Persekutuan, yang telah bertukar 6 kerajaan dan menghasilkan paling ramai Ketua Menteri di negara ini.

Sudah menjadi lumrah hidup setiap kali air bah maka pantai berubah. Demikian juga kedudukan Sabah dan rakyatnya, jika dilihat daripada segi kemajuan dan pembangunan juga turut terkesan impak daripada perubahan kerajaan.

Antara 6 kerajaan yang memerintah Sabah ada era kemajuan dan pembangunan negeri merudum, ekonomi menjunam, ada juga era berkemajuan dan berpembangunan, kerana kesan try dan error, maka secara umum, kemajuan dan pembangunan terbantut dan ketinggalan, dan semuanya itu dirasakan rakyat pada masa ini.

Selepas rakyat merasai kesan perubahan kerajaan yang kerap dan mendapati ianya penyebab kemunduran, maka para pemimpin negeri yang diketuai Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor berpendapat dan berpandangan tiada kaedah Sabah mengejar ketinggalan daripada segi kemajuan dan pembangunan melainkan rakyat Sabah sendiri menentukannya.

Mengambil iktibar pada pencapaian Sarawak menerusi parti yang stabil dan konsisten, maka rakyat Sabah diajak untuk mencontohinya. Parti yang benar-benar mengambil iktibar daripada pencapaian Sarawak tersebut adalah Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Untuk merealisasikan misi tersebut, maka GRS mengambil pendekatan Sabahfirst, Sabahforward, Sabahprosper dan Sabahunited demi Sayangi Sabah.

Memang bukan laluan mudah bagi GRS merealisasikan misi itu, kerana masih terdapatnya parti dan pemimpin yang menghalangnya. Para pemimin parti yang menghalang itu bukan calang-calang pemimpin kerana mereka juga pernah menduduki berbagai jawatan termasuk Ketua Menteri, Menteri Persekutuan mahupun menteri di peringkat negeri.

Berhadapan dengan senario yang terbahagi ini, seluruhnya terletak di tangan rakyat Sabah sebagai pengundi, atas sebab, tiada yang boleh dilakukan oleh mana-mana parti dan pemimpin melainkan bergantung pada keputusan rakyat secara umum.

Rakyat perlu membuat keputusan demi kemakmuran dan kesejahteraan mereka. Dalam senario politik Sabah masa ini, GRS kehadapan untuk merelisasikan harapan dan aspirasi rakyat menuju kemakmuraan dan kesejahteraan.

PRN-17 Sabah adalah “gamechanger” politik Sabah, kerana akan dilihat apa kah masih ada rakyat yang tidak mahu menerima misi GRS yang dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor bersama barisan pemimpin dalam gabungan tersebut.

Jika rakyat berpandukan pencapaian, dalam tempoh empat tahun GRS menerajui kerajaan negeri, belum ada mana-mana kerajaan sebelum ini pernah mencapainya, khususnya berkaitan kutipan hasil negeri, nilai perdagangan, kemasukan pelaburan, selain menangani insiden kemiskinan dan juga tuntutan berkaitan butiran dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menurut pemerihatian penulis, era kepimpinan kerajaan negeri masa ini lah perlu diteruskan untuk merealisasikan harapan rakyat yang tertangguh atas asas setiap peringkat kepimpinan sangat komited merealisasikan halatuju negeri, yakni SABAH MAJU JAYA.

Menerusi strategi, perancangan memajukan dan membangunkan negeri, tidak mustahil dalam tempoh 5-10 tahun daripada sekarang Sabah boleh menjadi top 5 menyumbangkan pada KDNK Negara, apa tah peluang-peluang perekonomian yang semakin besar di hadapan apabila Ibu Negara Indonesia secara rasmi berpindah ke NUSANTARA.

Atas pertimbangan itu, rakyat Sabah diajak bersama-sama untuk berdiri dibelakang GRS dan perlu menyokongnya pada PRN-17 Sabah akan datang.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

Exit mobile version