Site icon Sabah Baru News

Asas kekuatan pemimpin politik

Ketua Menteri Hajiji (kanan) bersama Timbalan Ketua Menteri I (tengah), Dr Jeffrey dan Timbalan Ketua Menteri II (kiri) Dr Joachim memberi isyarat tanda bagus kepada media. Hajiji telah menunjukkan kepimpinan politik sebenar apabila memperkenalkan halatuju Sabah Maju Jaya sebagai landasan memajukan dan membangun negeri.

KEKUATAN seorang pemimpin politik apabila diberi amanah dan tanggungjawab dapat menterjemahkan makna sebenar kuasa yang diberikan itu menerusi polisi jelas dan praktikal antaranya adalah memperkenalkan halatuju.

Selepas memperkenalkan halatuju, maka ditunjang dengan aktiviti ekonomi, termasuklah menarik ramai pelabur, merancakkan industri bernilai tambah, memberi ransangan aktiviti ekonomi rakyat termasuk peniaga-peniaga kecil.

Strategi dan tindakan yang dirancang direalisasikan menerusi kepimpinan menerusi tauladan, antaranya sentiasa “walk the talk”.

Pemimpin yang dapat mengotakan apa yang dikata, adalah pemimpin yang berkebolehan (abiliti) dan pemimpin kategori ini tentunya mendapat kepercayaan/keyakinan (trust) rakyat.

Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibentuk selepas PRN-16 Sabah pada September 2020 yang dipimpin Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri telah menunjukkan kepimpinan politik sebenar apabila memperkenalkan halatuju Sabah Maju Jaya sebagai landasan memajukan dan membangun negeri.

Menerusi halatuju itu digariskan berbagai teras dan misi yang dilaksanakan dan yang direalisasikan.

Contoh paling ketara, apabila bayaran pendahuluan daripada tuntutan 40 peratus hasil bersih Persekutuan daripada Sabah digunakan untuk membangun rumah mesra SMJ di setiap DUN untuk mereka yang terdaftar dalam e-kasih dan bagi wang itu disalurkan pada syarikat-syarikat atau agensi berkaitan kerajaan untuk melantik anak-anak dariada KIR yang berkategori B40 dan golongan miskin.

Keputusan kerajaan negeri mengalokasikan bayaran interim dulunya dipanggil geran khas kepada golongan yang sangat memerlukan dikelirukan oleh pihak tertentu termasuk sesetengah pemimpin Umno dan Warisan, kononnya wang itu adalah wang milik Persekutuan yang mana fungsinya seperti bantuan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dibiayai Persekutuan, sedangkan ianya amat berbeza sekali.

Kewujudan rumah mesra SMJ tidak menyebabkan PPRT termansuh, melainkan berjalan seiring, ertinya rakyat yang menjadi sasaran mempunyai dua peluang, dan tentunya kaedah ini mempercepat menangani insiden rakyat miskin yang tidak berumah.

Kepimpinan yang dapat memperkenalkan misi dan halatuju yang jelas dan praktikal adalah kumpulan pemimpin yang diperlukan rakyat Sabah dalam era generasi alpa ini.

Rakyat secara umum patut teruja kerana kepimpinan kerajaan negeri pada masa ini dapat menterangkumkan berbagai misi iaitu Sabahfirst, Sabahforwad, Sabahprosper, Sabahunited demi Sayangi Sabah untuk menuju kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan.

Rakyat Sabah yang tersebar di 73 DUN, daripada Banggi ke Sebatik, jangan mempersia-siakan peluang yang terbentang, kerana pada era kempimpinan kerajaan hari ini lah merupakan “gamechanger” pada kemajuan dan pembangunan negeri. Fikir-Fikirkan.

**Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

Exit mobile version