Site icon Sabah Baru News

Konsep kepimpinan setaraf

Jika kecenderungan pengundi tidak banyak berubah pada PRN-17 akan datang, dijangka GRS adalah parti yang menang kerusi terbanyak.

MATLAMAT parti-parti bekerjasama dalam satu gabungan adalah berkonsepkan kepimpinan setaraf atau konsep bukan bos dengan orang bawahannya, tetapi barisan dalam rakan sekerja yang setaraf.

Yang membezakan antara parti-parti adalah daripada segi jumlah kerusi.

Dalam satu parti gabungan, sudah menjadi kelaziman ada parti menjadi “anchor” atas sifat parti itu mendapat sokongan lebih luas berbanding parti komponen lain.

Masing-masing parti dalam gabungan faham akan kedudukan masing-masing, dan kedudukan itu diterjemahkan dengan jumlah kerusi yang ditandingi pada pilihan raya.

Apabila satu gabungan parti memutuskan agihan kerusi antara parti komponen, agihan itu tentunya bersandarkan pada keboleh menangan, bukan atas asas, sesebuah parti itu lebih perkasa.

Calon boleh menang (winnable candidate) adalah pertimbangan tertinggi bagi gabungan parti-parti memilih calon, kerana kemenangan membolehkan gabungan mendapat kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan.

Bagi Sabah, mana-mana parti atau gabungan parti-parti perlu menang minimum 37/73, untuk membentuk kerajaan.

Istimewanya apabila parti-parti bergabung dalam satu gabungan maka dapat menghasilkan satu kekuatan dalam bentuk kerusi, kerana masing-masing parti mempunyai wilayah atau lubuk masing-masing.

Politik Sabah, mana-mana parti yang boleh menang sejumlah kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan adalah parti-parti yang memastikan kemenangan di kawasan masing-masing.

Parti atau gabungan parti-parti perlu memilih calon terbaik atas sebab pada pilihan raya akan datang dijangkakan kebanyakan calon akan menang menerusi First Past The Post (FPTP) memandangkan banyak parti-parti akan mengadu nasib mendapatkan mandat rakyat.

Kecenderungan pengundian pada PRN-17 Sabah tidak semestikan mengikuti pola pengundian PRN-16, atas sebab kombinasi atau kolaborasi antara parti yang berbeza, akan tetapi setidak-tidaknya keputusan itu boleh menjadi panduan.

Pada PRN-16, 30/73 kerusi dimenangi menerusi FPTP, manakala 43/73 dimenangi dengan undi popular.

Di kawasan-kawasan yang dimenangi menerusi FPTP sebarang swing pengundi akan membuahkan keputusan yang berbeza, manakala di kawasan yang dimenangi dengan undi popular, kerterjaminan parti penyandang lebih cerah.

Di antara parti-parti atau gabungan parti-parti yang akan mengambil bahagian pada PRN-17 tentunya telah mengatur berbagai strategi untuk memang sebanyak mungkin kerusi.

Di masa lalu, khususnya sebelum tahun 2018, parti-parti kerajaan mempunyai kelebihan kerana memasuki pilihan raya membawa rekod pencapaian, tetapi selepas itu, rekod pencapaian tidak lagi menjadi ukuran pada rakyat, melainkan mereka mengundi berasaskan pada harapan baharu. Rakyat berani mengadakan uji cuba, dengan memberi mandat pada pemimpin pembangkang.

Di Sabah memandangkan parti pembangkang mempunyai rekod tersendiri, maka rakyat mempunyai rekod perbandingan. Bersandar pada rekod, maka tentunya rakyat memilih parti yang dipimpin yang mempunyai rekod terbaik.

Berhadapan PRN-17, Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor yang menyambut Hari Kelahiran ke-69 mempunyai rekod pencapaian tersendiri, malah rekod itu tidak pernah dicapai sebelum ini.

Berpandukan pada pencapaian Kerajaan Sabah dalam tempoh 4 tahun selepas mengambil alih daripada Kerajaan Parti Warisan yang dipimpin Datuk Seri Shafie Apdal, terbukti kerajaan yang diterajui GRS-PH Plus adalah kerajaan yang diperlukan rakyat Sabah untuk merealisasikan harapan dan aspirasi rakyat.

Sungguh merugikan rakyat, jika kerajaan sebaik kerajaan Sabah hari ini tidak dapat meneruskan pemerintahan pada PRN-17 akan datang. Fikirkan-Fikirkan.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

Exit mobile version