Site icon Sabah Baru News

JKDM untuk bantu Ahli-Penyokong UMNO di Sabah

Sekitar Majlis Penyerahan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (Komuniti Desa Madani) kepada seramai 325 orang penerima fasa-1 yang disampaikan oleh Datuk Bung Moktar Radin baru-baru ini.

DENGAN 2,800 Pengerusi dan 2,800 setiausaha di seluruh 73 DUN, bermakna 5,600 ahli/penyokong Umno mendapat elaun bulanan. Jika elaun RM1,000 seorang maka setahun membabitkan peruntukan RM67.2 juta, jika RM1,500 membabitkan RM100.8 juta, jika RM2,000 membabitkan RM134.4 juta setahun.

Kemungkinan besar elaun yang dibayar sebanyak RM2,000 sesuai dengan keperluan kos sara hidup pada masa ini.

Jika dikatakan JKDM membantu mengurangkan insiden kemiskinan, ianya tidak juga, sebab mereka yang dilantik bukan kategori miskin tegar, melainkan pengerak parti di peringkat akar umbi.

Agar rakyat di setiap kampung memandang tinggi pada Pengerusi dan Setiausaha, maka setiap kampung yang mempunyai JKDM akan disalurkan peruntukan untuk projek-projek desa mungkin antara RM20,000- RM50,000 secara one-off sehingga PRN-17 akan datang, atau mungkin fasa ke-2 diberikan menjelang pembubaran DUN.

Jika dipuratakan di semua 73 DUN, setiap DUN ada 38 JKDM, maka peruntukan antara RM56 juta –RM140 juta atau purata setiap DUN antara RM767 ribu- RM1.9 juta.

Jika setiap JKDM ada 7,00 pengundi, maka setiap pengundi akan mendapat bantuan antara RM1000-RM2700 setiap seorang. Sumbangan itu boleh dikategorikan sebagai “cash is king” memandangkan saingan pada JDKM iaitu JKKK di bawah naungan kerajaan negeri, hanya bergantung pada peruntukan ADUN yang berjumlah RM3 juta, itupun tidak semuanya untuk projek-projek bersifat ekonomi (sumbangan) melainkan termasuk naik taraf jalan-jalan kampung, balai-balai raya malah termasuk tempat beribadat.

Pemimpin Umno Sabah mengatakan pengwujudan JDKM untuk membantu kerajaan negeri menangani insiden kemiskinan adalah omong kosong, kerana tidak mungkin isu insiden kemiskinan dapat disifarkan menerusi sumbangan ala kadar dan berjangka pendek pula atau secara one-off.

Insiden kemiskinan dapat ditangani jika KIR yang terlibat mempunyai sumber pendapatan yang berterusan, seperti penggalakan menjaja, kedai-kedai runcit atau menguasakan tanaman/peternakan atau seumpamanya.

Jelas pengwujudan JDKM bersifat “fast cash” untuk mengikat para penyokong Umno tidak menyokong mana-mana parti, atas sebab, kekalahan parti itu di banyak kawasan pada PRU-14 dan PRN-16, kerana penyokong/ahli menyokong parti lain.

Akan berkesan kah strategi “cash is king” kerana ianya telah ditolak pada PRU-14. Mungkin berkesan pada penyokong tegar parti itu, akan tetapi tidak pada mereka yang berada atas pagar terutama undi18, kali pertama mengundi atau mereka yang berumur di bawah 40 tahun.

Dalam era sekarang, mendapatkan sokongan pengundi menerusi memberi ikan, tidak lagi relevan, memandangkan rakyat lebih berminat pada sumber pendapatan yang berterusan. Sumber pendapatan yang berterusan hanya dapat dicapai menerusi aktiviti yang dirangka oleh kerajaan menerusi kementerian-kementerian atau agensi-agensi kerajaan.

Jelas di Sabah untuk memastikan pendapatan rakyat yang berterusan telah dirangka menerusi Halatuju Negeri, SABAH MAJU JAYA.
Ini bermakna, jika rakyat mahukan pendapatan yang berterusan dan mapan, maka perlu berdiri teguh di belakang kerajaan negeri dan semasa PRN-17 perlu memberi sokongan pada parti yang menerajui kerajaan, iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

Exit mobile version