Site icon Sabah Baru News

Kerjasama BN-PH PRN Sabah: Zahid pasang perangkap?

Ahmad Zahid ketika sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Apresiasi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Tahun 2023 di Marriot Hotel, Putrajaya, semalam berkata BN sedia kerjasama dengan mana-mana parti, tetapi keutamaan mereka ialah memperkukuhkan kerjasama dengan PH.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi cuba memerangkap Perdana Menteri dengan bermain politik di Sabah. Apabila PMX terperangkap, maka membawa makna sokongan 6 ahli parlimen GRS pada kerajaan Madani tidak lagi diambilkira.

Kenyataan Zahid untuk menghadapi PRN Sabah keutamaan adalah Pakatan Harapan (PH) sebagai terjemahan kerjasama di peringkat Kerajaan Madani Persekutuan.

Walaupun kenyataan Presiden Umno itu untuk sementara dianggap sebagai provokasi atau spekulasi memandangkan kerjasama PH di peringkat negeri mempunyai keserasian dengan GRS.

7 ADUN PH yang bersama-sama dalam Kerajaan GRS-PH Plus setakat ini tiada seorangpun membuat kenyataan atau pendirian yang menidakan keserasian antara GRS-PH, malah kecenderungan bersama GRS diberi keutamaan berpandukan pada komitmen mereka menjalankan tanggungjawab dan amanah samada sebagai anggota kabinet, pembantu menteri atau pengerusi GLC. Diperingkat DUN pun termasuk mereka yang dilantik dalam UPPM menunjukkan komitmen tinggi pada kerjasama GRS-PH.

Bukan mudah meretakan hubungan yang sudah serasi, dengan memilih hubungan yang tidak pasti, walaupun hubungan antara PH-BN di peringkat nasional baik.

PH tidak boleh mengambil risiko bersama BN/Umno parti yang sedang berkedudukan parti terbenam. Tiada bukti atau fakta menyokong bahawa kedudukan Umno membaik, termasuk pada PRK Kuala Kubu Baharu.

Umno adalah parti yang menunju untuk dinoktahkan, walaupun apa kaedah yang digunakan termasuk memberi talian hayat menerusi “fast cash” di Sabah, kerana yang terpengaruh dengan umpan dan gula-gula itu hanya ahli Umno bukannya rakyat secara umum.

Sejarah politik dunia, apabila sebuah politik yang berkedudukan gergasi ditolak rakyat, membawa makna bahawa parti itu menuju untuk dinoktahkan. Umno masih bernasib baik masih berkedudukan parti matahari terbenam, kerana masih menang beberapa kerusi semasa PRU-15 dan PRN2023 dengan jumlah yang amat kecil sekali.

Kecenderungan rakyat menolak parti itu termasuk di Sabah telah bermula seawal PRU-14 dan berlanjutan sehingga PRU15, dan kini dilihat di peringkat akar umbi, hanya digerakan oleh mereka yang termasuk dalam kumpulan Datuk Bung Moktar Radin, malah pengikut/penyokong pemimpin lain juga sudah ramai telah menyertai parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terutama parti komponen parti itu- Parti Gagasan Rakyat.

Keputusan rakyat Sabah secara umum banyak dipengaruhi di masa lalu, era Umno/BN pemimpin Sabah tiada autonomi atau kuasa menentukan siapa Ketua Menteri melainkan perlu merujuk pada Presiden Umno atau Pengerusi BN. Pentadbiran atau pemerintahan negeri perlu sealiran dengan kemahuan pemimpin luar, tidak bebas membuat keputusan sendiri.

Rakyat Sabah secara umum sejak 4 tahun lalu telah belajar pada Negeri Sarawak, apabila kerajaan negeri dipimpin dan ditentukan oleh pemimpin sendiri banyak manfaatnya pada rakyat dan negeri.

Cuba bayangkan jika kerajaan negeri masih bergantung pada pemimpin luar, keputusan menggunakan bayaran khas untuk membina Rumah Mesra SMJ di setiap DUN tidak akan dapat diputuskan dengan segera, demikian juga pembinaan empangan hidro Tenom atau Loji klinkir Tongod, tidak akan semudah itu.

Benar lah apabila RUMAH SENDIRI (KITA) KITA YANG JAGA, maka ketua rumah membuat keputusan sesuai dengan harapan dan aspirasi semua penghuni, tidak seperti jika masih di kawal orang luar.

Contoh terkini, berkaitan pengwujudan jawatankuasa Kemajuan Desa Madani (JKDM) walaupun ianya bertentangan dengan ordinan yang diluluskan DUN Sabah, pemimpin luar dengan bantuan para petualang tempatan melaksanakannya sesuai dengan motto- radu sampai rata.

Rakyat Sabah secara keseluruhan jangan lagi sanggup dilemahkan dan dijadikan kuda tunggangan oleh pemimpin luar untuk mendapatkan kuasa dan kedududukan.

Rakyat Sabah perlu sedar dengan sesedarnya apabila pada era BN/Umno dijadikan sebagai “Fixed deposit” sebagai gambaran bahawa rakyat Sabah tiada kemampuan membuat keputusan sendiri aka paloi. Jangan kita dipaloikan lagi. Untuk membendung supaya tidak dipaloikan lagi kita semua perlu mempertahankan rumah kita, kalau bukan kita siapa lagi!!!!.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

Exit mobile version