Site icon Sabah Baru News

Juliah terima kunjungan hormat Jawatankuasa Induk Unduk Ngadau Kaamatan 

Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag menerima surat jemputan daripada Pengerusi Jawatankuasa Induk Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah, Puan Joanna Datuk Kitingan semasa menerima kunjungan hormat jawatankuasa itu di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, Kota Kinabalu pada Khamis.

KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri Datin Seri Panglima Juliah Salag menerima kunjungan hormat Ahli Jawatankuasa Induk Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2024 di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya di sini hari ini.

Kunjungan yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk Unduk Ngadau Kaamatan Joanna Kitingan bertujuan memberi taklimat kepada Juliah mengenai program Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 29 dan 31 Mei 2024.

Juliah berkata, pihaknya sentiasa memberikan sokongan kepada jawatankuasa induk itu dalam menjayakan program pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan.

Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag diberi taklimat oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2024 , Puan Joanna Datuk Kitingan semasa kunjungan hormat jawatankuasa induk itu di kediaman rasmi Ketua Menteri-Sri Gaya, Kota Kinabalu pada Khamis.

Beliau berharap Jawatankuasa Induk Unduk Ngadau akan terus menambah baik pengisian dan program pertandingan itu.

Hadir sama Unduk Ngadau 2023 Carole Abby Gail Grimaldi.

TAMAT

Exit mobile version