Site icon Sabah Baru News

UMNO dan Warisan gagal membangunkan Sabah

Warisan yang dipimpin bekas Naib Presiden Umno yang suatu ketika dahulu menerajui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW, kini KKDW) mempersiakan peluang itu, sementara peruntukan habis dibelanjakan tetapi tidak dapat dilihat kesannya di lapangan. Selain itu semasa menjadi kerajaan “by defult” bermula pada Mei 2018 sehingga September 2020, pertumbuhan ekonomi negeri menjunam daripada 8% ke negatif 9.2 peratus pada tahun 2020.

PELUANG telah diberikan pada UMNO dan Warisan membangun negeri, malangnya tahun-tahun pemerintahan dipersiakan.

Kegagalan paling ketara UMNO adalah pengembalian hak-hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terutama bayaran 40 peratus hasil bersih Persekutuan daripada Sabah sejak tahun 1974. Selain itu menafikan hasil minyak dan gas dengan memaksa negeri hanya menerima 5%.

Kesan menganak tirikan Sabah ditandai dengan daifnya kemudahan asas, prasarana yang ketinggalan zaman selain mewariskan insiden kemiskinan dan pengangguran yang cukup tinggi.

Manakala Warisan pula yang dipimpin bekas Naib Presiden Umno yang suatu ketika dahulu menerajui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW, kini KKDW) mempersiakan peluang itu, sementara peruntukan habis dibelanjakan tetapi tidak dapat dilihat kesannya di lapangan. Selain itu semasa menjadi kerajaan “by defult” bermula pada Mei 2018 sehingga September 2020, pertumbuhan ekonomi negeri menjunam daripada 8% ke negatif 9.2 peratus pada tahun 2020. Apabila perekonomian menjunam tentunya pengangguran juga meningkat, bukan itu sahaja kehidupan rakyat turut terkesan kerana ramai yang kehilangan sumber pendapatan. Ekoran rungutan rakyat yang bertubi-tubi, Datuk Shafie Apdal Ketua Menteri masa itu memberi tahu rakyat supaya jangan bergantung pada bantuan kerajaan sebaliknya kena berusaha sendiri.

Sangat berbeza apabila kerajaan dipimpin oleh pemimpin yang komited walaupun dalam tempoh masa 4 tahun akan tetapi kemajuan dan pembangunan di landasan betul apabila dapat memulihkan perekonomian negeri, meningkatkan hasil negeri, melonjakkan nilai perdagangan, menurunkan jumlah KIR miskin, dapat menarik pelabur asing berbilion ringgit, membuka peluang-peluang pekerjaan menerusi industri pembuatan, selain meneroka perekonomian baharu seperti ekonomi biru.

Pemimpin yang berwawasan apabila diberi tanggungjawab dan amanah pertama sekali dilakukan adalah memperkenalkan halatuju. Halatuju yang jelas, tangible dan boleh dilaksanakan. Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dilancarkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor sebagai strategi memajukan dan membangun negeri bagi tempoh 2021-2025 bukan sahaja berada pada landasan betul akan tetapi pencapaian yang luarbiasa.

Hasil negeri RM5.449 bilion, RM6.96 bilion dan RM9.973 bilion tiga tahun berturut-turut daripada 2021-2023 adalah testimoni pencapaian SMJ.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

Exit mobile version