Site icon Sabah Baru News

Radzi Jidin calon PN di Putrajaya

PUTRAJAYA– Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin, malam ini mengumumkan Naib Presiden BERSATU, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, sebagai calon gabungan itu bagi kerusi Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU berkata, pengumuman itu menjawab pelbagai khabar angin yang bertiup selama ini.

“Calon yang nak kita letak di Putrajaya adalah Datuk Dr Radzi Jidin. Saya umum awal lagi.

“Malam ini sahih, ini calon kita di Putrajaya,” katanya pada program Jelajah Prihatin PN di Putrajaya, malam tadi.

Selain Radzi, turut hadir Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari.

BERITA BERSATU

Exit mobile version