Site icon Sabah Baru News

UMNO dan Warisan lupa mereka ditolak rakyat pada pilihan raya

MUNGKIN pemimpin Parti Warisan dan Umno lupa bahawa parti mereka ditolak rakyat pada pilihan raya.

Parti tunjang kerajaan apabila ditolak menunjukan para pemimpin parti itu tidak diyakini rakyat untuk membela untung nasib mereka.

Bagaimana parti yang dipimpin pemimpin yang sama yang ada rekod ditolak rakyat kemudian merayu rakyat semula untuk memberikan mandat, sedangkan peluang yang telah diberikan semasa menerajui kerajaan gagal menunaikan harapan dan aspirasi rakyat.

Rakyat tidak memberi nilai pada pemimpin yang hebat berpidato, kasar, bertindak samseng kerana pemimpin seperti itu hanya tin kosong.

Pemimpin kerajaan hari ini khususnya Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor bukan lah pemidato hebat, akan tetapi apabila berbicara jelas mesej yang disampaikan, mudah difahami, juga apa yang disampaikan praktikal, bukan ilusi atau hayalan.

Hajiji menterjemahkan harapan dan aspirasi beliau menerusi Gagasan Rakyat parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), dan dengan kombinasi harapan dan aspirasi pemimpin parti komponen lain, maka lahirlah asas dan misi perjuangan GRS iaitu Sabahfirst, Sabahforward, Sabahprosper dan Sabahunited demi Sayangi Sabah.

Semua pemimpin sepakat menerusi misi dan perjuangan itu maka kestabilan politik di capai, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dapat direalisasi.

Landasan untuk merealisasikan harapan dan aspirasi rakyat, maka dilancarkan SABAH MAJU JAYA sebagai halatuju. Menerusi halatuju itu diperinci berbagai matlamat untuk direalisasikan yang meliputi semua segi daripada segi ekonomi hingga ke spritual, kerana manusia akan sempurna kehidupannya jika kehendak duniawi dan selepas itu seimbang.

Kepimpinan GRS kalaupun tidak sempurna secara keseluruhan akan tetapi merupakan barisan kepimpinan negeri terbaik yang pernah negeri miliki.

Barisan kepimpinan Kerajaan Negeri hari ini dikatakan terbaik apabila setiap daripada mereka berlumba-lumba untuk merealisasikan harapan dan aspirasi rakyat. Mereka tiada keutamaan peribadi melainkan tenaga dan fikiran mereka untuk memajukan dan membangun negeri demi rakyat.

Testimoni kepimpinan dihormati dan disokong apabila para pemimpin yang pernah menabur bakti pada negeri bukan sahaja memberi sokongan akan tetapi juga berdiri teguh di belakang kepimpinan negeri pada hari ini. Kerana sokongan dan “endorsement” itu maka tidak pernah terdengar atau laporan negatif tentang kepimpinan, melainkan jika ada laporan atau dakwaan seumpama itu hanya datangnya daripada pemimpin pembangkang seperti Datuk Aziz Jamman (Warisan), Datuk Suhami Nasir (Umno), Jeffery Nor Mohammed (Umno) selain daripada Presiden Warisan dan Ketua Umno Sabah.

Pemimpin yang mengutamakan rakyat apabila menunaikan dan menyelesaikan kehendak mereka. Contoh penunaian dan menyelesaikan kehendak rakyat apabila kerajaan negeri secara berjadual menyerahkan geran-geran tanah yang dipohon rakyat, menaiktaraf kawasan kepada Daerah Kecil atau Daerah penuh untuk memudahkan rakyat meneruskan kehidupan.
Tindakan Kerajaan hari ini paling drastik adalah sebaik sahaja mendapat bayaran interim pemberian khas daripada Persekutuan, wang itu digunakan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat secara langsung menerusi pembinaan rumah SMJ dan menyalurkan sebahagian wang pada syarikat berkaitan kerajaan untuk digunakan menawarkan peluang pekerjaan pada anak-anak Ketua Isi Rumah dalam kategori B40.

Menerusi komitmen dan kesungguhan kepimpinan kerajaan negeri hari ini, rakyat akan jatuh rugi jika tidak diteruskan kerana terpedaya oleh janji-janji kosong, janji-janji bulan bintang daripada pemimpin parti yang ditolak rakyat akan tetapi ingin kembali mendapat sokongan.

Rakyat Sabah kena ingat jangan sesekali terperangkap dipatuk ular daripada lubang yang sama.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

Exit mobile version