Site icon Sabah Baru News

Berhati-hati dengan musang berbulu ayam yang “berjawatan” tinggi di organisasi kerajaan

Baru-baru ini penulis terbaca satu perkongsian di media sosial berkaitan isteri seorang pemimpin utama Parti Warisan yang ke hulu ke hilir menemani suami dalam perjumpaan politik yang menjawat jawatan tinggi di salah sebuah Kementerian terpenting di bawah kerajaan Sabah.

KEJATUHAN sesebuah organisasi kerana kehadiran segelinitir yang dipercayai atau berkedudukan penting bertindak sebagai musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan dan sokong membawa rebah.

Jika mereka itu lantikan politik atau ahli politik, maka mudah disingkirkan, akan tetapi jika mereka adalah ‘KAKI DAN TANGAN” maka mahu tidak mahu perlu diperhalusi, agar tindakan yang diambil tidak berunsur politik sebaliknya demi kelicinan pentadbiran dan pengurusan.

Kerajaan Sabah hari ini tidak terlepas kesan lantikan kerajaan lalu, malah mereka itu mendapat kepercayaan daripada pemimpin kerajaan, termasuk yang telah bersara dilantik semula dan ditempatkan pada agensi kerajaan yang mempunyai impak pada kemajuan dan pembangunan negeri.

Penulis terbaca satu perkongsian di media sosial berkaitan isteri seorang pemimpin utama Parti Warisan yang ke hulu ke hilir menemani suami dalam perjumpaan politik memegang jawatan tinggi di salah satu Kementerian terpenting kerajaan negeri.

Apabila perjumpaan politik anjuran parti pembangkang, jelas mengandungi berbagai tuduhan dan dakyah negatif pada kerajaan termasuk pendedahan maklumat sulit kerajaan. Maklumat sulit tidak akan sampai ke tangan pemimpin pembangkang jika tidak terdapat musang berbulu ayam dalam jaringan pemerintahan dan pentadbiraan. Jika maklumat sulit itu diterjemahkan untuk kepentingan rakyat dan negeri ianya tidak mengapa, akan tetapi diputar belit agar rakyat beranggapan negatif pada pemimpin kerajaan.

Tidak sedikit mereka yang menjadi simpatisan Parti Warisan termasuk berkempen untuk parti itu semasa PRN-16 pada September 2020, mendapat tempat pada kerajaan hari ini, atas sebab mereka bertukar sukar sokongan dan menunjukkan komitmen pada kerajaan, namun mereka yang bertindak dua kolam, sungguh merbahaya kerana ianya perbuatan sokong membawa rebah.

Sebelum keadaan menjadi serius, agar kerajaan tidak kelam kabut menjawab isu yang tidak sepatutnya menjadi isu, dengan seberapa segera, perlu menyelesaikan dan mengenalpasti mereka yang termasuk musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan dan sokong membawa rebah.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

Exit mobile version