Site icon Sabah Baru News

GRS: Kepimpinan yang diperlukan oleh rakyat Sabah

Kerajaan hari ini yang diketuai Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor bersama-sama dengan barisan pemimpin lain bukan sahaja berkomited akan tetapi beriltizam tinggi untuk mencapai, merealisasikan harapan dan aspirasi rakyat, dan kemudiannya mengurusnya sebaik mungkin demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

ANTARA parti politik Malaysia ada wakil rakyat adalah Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan, PKDM dan MUDA.

Tiada di antara parti-parti itu yang bergabung, jika kebetulan sama-sama dalam kerajaan kerana saling menyokong.

Di Semenanjung, Umno khususnya hanya bermatlamat PN kalah walaupun bukan untuk parti itu, manakala di Sabah GRS perlu ditumbangkan, menerusi kerjasama dengan parti lain.

Umno kehilangan hala tujuan, kehilangan hala perjuangan, melainkan hanya bertahan untuk survival para pemimpin parti itu.

Khusus untuk rakyat Sabah, parti Umno yang pernah menjadi tunjang kerajaan negeri antara 1994-2018 bukan lagi Umno yang dikenali masa itu, kerana Umno hari ini adalah parti untuk pemimpin parti itu mendapat kedudukan dan kuasa.

Umno Sabah ketandusan pemimpin yang menjiwai hati nurani rakyat, pemimpin yang ada dengan parti itu, ada lah para pemimpin yang penuh dengan kepura-puraan, sebab itu di kala Umno dalam keadaan puncak pun mereka ditolak rakyat apabila dijadikan calon pada pilihan raya.

Akan menjadi kesilapan rakyat sepanjang hayat jika sekali lagi memberi peluang pada parti yang dipimpin para pemimpin yang hanya mengejar kedudukan dan kuasa, termasuk lah mantan pemimpin parti itu yang bersama Parti Warisan.

Tidak disangkal pemimpin Kerajaan Sabah hari ini ada yang berDNA Umno, akan tetapi mereka itu adalah para pemimpin yang tertapis daripada sifat-sifat kepura-puraan, kerana mereka itu telah menunjukan kepimpinan sebenar apabila bersama platform lain, iaitu kepimpinan yang komited, berjati diri, juga berorentasi rakyat secara umum.

Bukti jelas kepimpinan berasaskan jati diri, apabila secara terang-terangan menentang apa-apa tindakan yang menghalang tuntutan hak-hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan. Mereka “showing the colour” kepimpinan mereka hanya untuk negeri dan rakyat Sabah.

GRS adalah gabungan parti-parti lokal/tempatan yang bermisi sebagai parti mandiri dan sebagai platform rakyat Sabah mengurus, mangatur negeri untuk masa depan generasi akan datang.

Kepimpinan yang diperlukan rakyat Sabah adalah seperti mana terdapat pada kepimpinan Kerajaan Sabah hari ini, tentunya mereka itu adalah para pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Jika rakyat Sabah tekun mengikuti tindak tanduk kepimpinan Kerajaan Sabah hari ini, tidak akan ditemukan tindakan dolik dalik, melainkan pasti apa tah lagi menjadikan Sabahfirst, Sabahforward, Sabahprosper dan Sabahunited demi Sayangi Sabah sebagai perjuangan.

Sangat tegasnya para pemimpin parti yang menerajui Kerajaan Sabah hari ini, apabila mengajak semua rakyat menjaga rumah sendiri, jika bukan kita siapa lagi.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

Exit mobile version