Site icon Sabah Baru News

Membanteras penempatan haram satu tindakan wajib

Naib Presiden LDP David Ong berkata, penempatan setinggan sering menjadi cabaran kepada Sabah, penempatan haram ini bukan sahaja mencerobohi kawasan rizab kerajaan tetapi juga mengancam keselamatan persekitaran serta kesihatan masyarakat awam. Kawasan berkenaan juga menjadi punca wujudnya aktiviti jenayah.

KOTA KINABALU: Parti Liberal Demokratik (LDP) menyokong penuh usaha kerajaan negeri untuk membanteras penempatan setinggan.

Naib Presiden LDP David Ong berkata, penempatan setinggan sering menjadi cabaran kepada Sabah, penempatan haram ini bukan sahaja mencerobohi kawasan rizab kerajaan tetapi juga mengancam keselamatan persekitaran serta kesihatan masyarakat awam. Kawasan berkenaan juga menjadi punca wujudnya aktiviti jenayah.

Beliau berkata kerajaan negeri telah mengeluarkan sejumlah 273 notis kepada penduduk rumah setinggan dalam kawasan Taman Marin Tun Sakaran (TMTS) dari 2 sehingga 4 Mei lalu.

Katanya, notis dikeluarkan atas faktor isu-isu keselamatan diperingkat daerah, susulan insiden tembakan di Teluk Darvel dan juga kegiatan-kegiatan jenayah rentas negara di lokasi penempatan tanpa izin
 
Menurutnya, penempatan haram sentiasa menjadi cabaran kepada pihak keselamatan untuk memantau dan mengawal aktiviti jenayah di kawasan berkenaan.

Sebagai contoh katanya, insiden tembakan di Teluk Darvel dilihat sebagai isu keselamatan yang berlaku di kawasan setinggan berkenaan.

Selain itu katanya, kawasan setinggan juga sering dikaitan dengan aktiviti jenayah seperti penyeludupan barangan, dadah, manusia dan banyak lagi.

Katanya, kawasan setinggan itu juga telah menyalahi undang-undang berdasarkan Enakmen Taman-Taman 1984.

“Berdasarkan enakmen itu, semua aktiviti seperti menangkap ikan, membina strukur tanpa izin dan bercucuk tanam memberikan kuasa kepada Taman-Taman Sabah (TTS) untuk mengambil tindakan seperti mana yang telah diperuntukan dalam Enakmen Taman-Taman. 

“Enakment ini penting untuk melindingi ekologi dan keselamatan dalam TTS,” katanya.

David berkata, TMTS juga salah satu kawasan yang digazetkan sebagai taman-taman dalam negeri ini.

–Yap Siong Han

Exit mobile version