Site icon Sabah Baru News

Dendam kesumat, punca Shafie jadikan SIP dan SMJE modal fitnah

SIP dan SMJE telah dijadikan modal politik atas sebab SIP diwujudkan era Tan Sri Musa Aman (empat dari kiri) sebagai Ketua Menteri dan SMJE era Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor (lima dari kanan) dua pemimpin yang menjadi batu penghalang untuk Presiden Parti Warisan itu menguasai politik Sabah.

TERANG DAN NYATA punca Datuk Shafie Apdal menjadikan Sabah International Petrolieum Sdn Bhd (SIP) dan SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE) modal politik atas sebab SIP diwujudkan era Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri dan SMJE era Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor dua pemimpin yang menjadi batu penghalang untuk Presiden Parti Warisan itu menguasai politik Sabah.

Dendam Shafie pada dua pemimpin itu kalau “bulan bisa ngomong” pasti tidak akan bohong.

Pengambilalihan SIP oleh SMJE sebenarnya telah dirungkai dalam Persidangan DUN Sabah dan telah masuk hansard DUN, ertinya tiada sebarang ketidak telusan dalam urusan antara dua syarikat milik kerajaan negeri itu kerana ianya melibatkan penstrukturan demi kepentingan perniagaan (bisnes) yang bermatlamat keuntungan.

Menerusi penjelasan Menteri Kewangan Negeri Datuk Seri Haji Masidi Manjun urusan tiga syarikat milik kerajaan negeri iaitu Sabah Development Bank (SDB), SIP dan SMJE adalah pendekatan menang-menang, dan pada masa yang sama memberi keuntungan pada tiga syarikat itu yang bermakna juga memberi keuntungan pada kerajaan negeri.

Urusan penstrukturan semula yang membabitkan pengambilalihan SIP oleh SMJE menerusi perbitan SUKUK oleh SMJE berjumlah RM900juta, bukan sahaja dilanggan 3.9 kali ganda akan tetapi mendapat penarafaan AAA daripada RAM selain merupakan penerbitan non-IPO terbaik pada tahun 2023.

Mekanisme penstrukturan itu, terbitan SUKUK SMJE berkupon rendah berbanding faedah tanggungan pinjaman SIP daripada SDB. Pinjaman SIP daripada SDB maka SDB menerbitkan bond RM700juta. Oleh kerana SIP membayar hutang sekali gus, maka SDB tidak terikat lagi dengan bond RM700juta, ertinya syarikat kewangan milik negeri itu terbebas daripada tanggungan kupon. Pada masa sama, SIP jimat RM60juta daripada tanggungan faedah, atas kertas SIP dapat untung RM60juta. Faedah pada SMJE pula mendapat RM397 juta sertamerta selain RM150 juta untuk 13 tahun ( RM1.950 bilion lebih 2 kali ganda nilai sukuk RM900juta) seterusnya menerusi operasi SIP telah menyumbang RM271 juta kepada SMJE setakat ini.

Keuntungan pada Kerajaan Negeri menerusi penstrukturan itu, pada tahun 2023, SMJE walaupun bersatus GLC muda dapat membayar RM50juta dividen kepada Kerajaan Negeri, dan jumlah dividen itu merupakan yang terbesar bayaran dividen antara GLC pada tahun 2023.

Berkaitan dakwaan Shafie mengapa SMJE perlu menerbitkan SUKUK untuk membayar hutang SIP, sedangkan dana yang diperolehi menerusi terbitan itu boleh diguna untuk kepentingan rakyat, mencerminkan Presiden Warisan itu walaupun sebagai mantan Ketua Menteri, Mantan Menteri Kewangan, mantan menteri-menteri lain, bertindak bodoh sombong, atas sebab setiap terbitan bond/sukuk mempunyai tujuan tersendiri dan tidak boleh ditukar atau divert.

Terbitan bond/sukuk untuk urusan bisnes, atau melahirkan angksa bertelur emas. Jika maksud MP Semporna itu peruntukan untuk kepentingan rakyat maka dirujuk pada akaun yang disatukan yang mana dalam akaun itu dimasukkan dividen daripada angksa bertelur emas seperti SMJE.

Jika SUKUK yang diterbitkan SMJE dibelanjakan untuk membaikpulih kemudahan asas, bermakna sama dengan membunuh angsa bertelur emas, yang membawa erti habis dana dibelanjakan maka habis lah, tiada top-up lagi.

Dakwaan Shafie berkaitan SUKUK terbitan SMJE boleh disamakan hanya makan sekali seumur hidup, sesuatu yang tidak wajar keluar daripada pemimpin yang pernah menjawat berbagai jawatan penting. Kesimpulannya, Shafie tiada modal politik untuk mengaburi mata rakyat menyokong dan terpaksa membuat dakwaan-dakwaan karut termasuk menyamakan urusan tiga GLC itu dengan SKANDAL 1MDB yang mana pada hakikatnya perbezaannya bagaikan antara langit dan bumi.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

Exit mobile version