Site icon Sabah Baru News

Protes pelajar #KAMIMAHUAIR seharusnya #JANGANCURIAIR

Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhimpun di perkarangan Menara Kinabalu pada Jumaat ekoran masalah air yang dihadapi di universiti itu kita semua tahu punca kerapnya terganggu bekalan air antara lain kerana faktor paip pecah, pencurian air menerusi sambungan haram dan kini ditambah perbuatan sabotaj.

JIKA ada pendapat, protes pelajar pada pemimpin kerajaan mewakili fikiran merdeka , manakala sebaliknya pemikiran terkongkong , adalah pendapat ganjil, kerana manusia yang baik akan condong pada kebaikan, manakala yang jahil condong pada keburukan.

Segelintir pelajar UMS yang protes dengan tag #KAMIMAHUAIR, bersungguh sangat menyerahkan memorandum pada tangan Ketua Menteri secara langsung, sedangkan kandungan memoradum itu sebelum dibuatpun Ketua Menteri dan kerajaan tahu akan maksudnya.

Protes #KAMIMAHUAIR, sepatutnya diiringi dengan #JANGANCURIAIR, yang membawa maksud agar kerajaan bertidak tegas terhadap pencurian air yang menyebabkan bekalan terganggu.

Protes terhadap kerjaan yang telahpun bertindak ke arah penyelesaian tidak mencapai matlamat dan tidak membawa apa-apa makna melainkan mendedahkan ketidak cerdikan.

Semua kita tahu punca kerapnya terganggu bekalan air antara lain kerana faktor paip pecah, pencurian air menerusi sambungan haram dan kini ditambah perbuatan sabotaj.

Sabah berdekad-dekad berdepan dengan masalah non-revenue water (NWR) mencecah 60 peratus. Kadar tinggi itu bukan sahaja merugikan kerajaan daripada segi kutipan hasil juga punca gangguan bekalan.

Menurut beberapa laporan NRW tahunan Sabah tidak kurang RM600juta seluruh negeri. Jika hasil itu tidak menguap, boleh membiayai satu loji rawatan air.

Sekiranya segelintir pelajar “berfikiran merdeka” benar-benar merdeka maka patut membantu penyelesaian melalui kerja-kerja penyelidikan untuk mengumpul data di lapangan berkaitan penyambungan haram, kebocoran paip, selain faktor-faktor yang menyebabkan paip pecah.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

Exit mobile version