Site icon Sabah Baru News

Isu Air: Apabila mantan menteri tidak bercakap benar

MUDAH menuding jari pada "government of the day " berkaitan bekalan air, walaupun isu bukan muncul pada masa kerajaan hari ini akan tetapi telah diwarisi termasuk semasa "pemimpin berkenaan" menerajui jabatan yang mengurus air. (Sekadar gambar hiasan)

MUDAH menuding jari pada “government of the day ” berkaitan bekalan air, walaupun isu bukan muncul pada masa kerajaan hari ini akan tetapi telah diwarisi termasuk semasa “pemimpin berkenaan” menerajui jabatan yang mengurus air.

Isu bekalan air sudah dijangka akan berlaku sejak 20 tahun lalu jika empangan, loji baharu tidak dibina.

Kerana jangkaan itu kerajaan masa itu mencadangkan Projek Kaiduan, Tambuton dan beberapa loji rawatan air, ada yang tidak menjadi, ada yang menjadi gajah putih kerana dibina di kawasan yang tidak cukup sumber air.

Malangnya apabila keadaan bekalan air hanya pada keadaan penstablilan, mencukupi jika tidak berlaku gangguan seperti pecah paip, tiada penyambungan haram/pencurian air, tiada sabotaj, mereka yang menghasut rakyat supaya protes terhadap pembinaan empangan muncul pula sambil membawa PTI kononnya unjukrasa kepada kerajaan kerana mahukan bekalan air.

Pemimpin yang gagal menyelesaikan bekalan air tampil pula simpati pada perhimpunan protes yang berjumlah lebih kurang 80 termasuk PTI yang mengaku pelajar UMS yang membawa sepanduk #kamimahuair di depan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) terletaknya Pejabat Ketua Menteri Sabah.

Tindakan peserta demo termasuk membina kemah di depan Menara Kinabalu, bukan bertujuan sepertimana tag #kamimahuair akan tetapi ingin mendapat perhatian tentang isu lain yang diperjuangkan kumpulan itu, iaitu isu P’alau (Bajau Laut) yang diusir daripada Taman Marin Tun Sakaran Semporna.

Kumpulan itu dengan #pandangkesabah untuk membuktikan pada pihak yang memberi mereka dana bahawa mereka sudah bertindak sepertimana dikehendaki. Perorangan yang mengaku komrad borneo mengikut jejak Doris Jones seketika dahulu yang juga mendapat tajaan daripada pihak tertentu.

Nasib baik Ketua Menteri menyadari akan muslihat dibelakang peserta demo itu, apabila tidak keluar menerima memorandum, kerana jika kumpulan itu berjaya, bayaran cukup besar.

Hakikatnya,peserta demo KAMIMAHUAIR bukan bermaksud demikian, akan tetapi dimanipulasi dalang dibelakang untuk menyempurnakan hasrat pemimpin NGO yang ditaja pihak tertentu.

Tindakan segelintir pelajar yang sanggup dijadikan budak tunggangan mencerminkan ketidak cerdikan sebagai pelajar. Pelajar yang mudah dimanipulasi ini cukup bahaya jika masuk dalam masyarakat, kerana mudah terhasut tanpa berfikir panjang, janji dapat habuan.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

Exit mobile version