Site icon Sabah Baru News

Dua pemimpin yang pernah dipertanggungjawabkan selesai masalah air di Sabah

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Warisan Sabah Kali ke-6 tahun lalu.Shafie (kiri) dan Bung (kanan) adalah dua pemimpin Sabah yang pernah diberitanggungjawab menyelesaikan masalah bekalan air di Sabah yang seorang diberi peruntukan puluhan bilion ringgit menerusi KKLW yang seorang menteri KKR yang membawahi Jabatan Air Negeri Sabah - Foto WARISAN

Shafie dan Bung adalah dua pemimpin Sabah yang pernah diberitanggungjawab menyelesaikan masalah bekalan air di Sabah yang seorang diberi peruntukan puluhan bilion ringgit menerusi KKLW yang seorang menteri KKR yang membawahi Jabatan Air Negeri Sabah bercakap berkaitan bekalan air, dan menuding jari pada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kononnya gagal meyelesaikannya.

Hakikatnya kerajaan GRS tidak gagal menyelesaikan masalah bekalan air, kerana penyelesaian sedang berjalan dengan rancak menurut jadual. Apa yang berlaku adalah gangguan bekalan yang disebabkan oleh tindakan tidak bertanggungjawab seperti penyambungan haram, sabotaj dan paip pecah.

Kerajaan GRS telah bertindak pantas dan in-situ antara lain mula membina HIDRO sungai Padas yang boleh menyumbang 6000MLD air disamping menjana kuasa elektrik, membina “intake” baharu di Papar, selain menaiktaraf loji-loji air sedia ada.

Kerajaan negeri di bawah GRS menggunakan RM300.25 juta peruntukan daripada Persekutuan untuk melaksanakan 20 projek keutamaan di seluruh negeri untuk menangani masalah kadar air tidak berhasil (NRW) hampir 60 peratus yang menjadi punca gangguan bekalan.

Cuba bayangkan Shafie dengan peruntukan berbilion ringgit tidak juga mampu membereskan masalah bekalan air, kemudiannya Bung menjadi menteri KKR selama 2 tahun (2020-2023) tidak juga dapat menyelesaikan bekalan air, kerana isu bekalan air adalah perkara yang berterusan kerana penggunaannya juga berterusan. Mengurus bekalan kemudahan asas ini umpama berlumba dengan waktu, umpama persiangan antara dua pelari pecut, kerana bekalan dan permintaan hampir seimbang, walaupun atas kertas bekalan lebih banyak berbanding permintaan.

Kerajaan lalu, era Tan Sri Musa Aman telah menjangkakan masalah bekalan air akan dirasai jika sumber bekalan tidak dibina, oleh kerana itu kerajaan masa itu mencadangkan membina empangan Kaiduan dan Tambuton. Malangnya kedua-dua projek itu tidak menjadi. Kesannya bekalan air menjadi kritikal, walaupun loji-loji rawatan yang telah dinaik taraf beroperasi penuh.

Shafie dan Bung kalaupun ingin sangat bercakap berakitan bekalan air untuk tujuan politik, kenalah bercakap benar, kerana rekod tidak akan berbohong.

Apa yang paling mendukacitakan “jurucakap” Umno, Ketua Umno Putatan Jeffery Nor Muhammed mempertikai cara Menteri KKR yang juga Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ir Shahelmy Yahya kononya hanya mengemukakan masalah-masalah yang dihadapi berbanding penyelesaian menunjukkan Pengarah Strategik Pilihan Raya Umno tertinggal kereta api, tidak peka akan berkembangan, tinggal dalam silo, kerana kerajaan negeri menerusi KKR yang dipimpin ADUN Tanjung Keramat itu sedang, giat melaksanakan 20 projek keutamaan untuk menyelesaikan isu bekalan air secara menyeluruh.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

Exit mobile version