Site icon Sabah Baru News

Alviana Linus menang jawatan AMT STAR

ALBUM: Alviana (tujuh kanan) merakamkan gambar kenangan ketika di mesyuarat berkenaan.

TENOM: Ketua Bahagian Parti Solidariti Tanah Air Sabah (STAR) Melalap Alviana Linus menang jawatan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) parti berkenaan dengan memperolehi 200 undi.

Beliau adalah antara 27 calon bertandiung untuk mengisi lapan jawatan AMT yang dipertandingkan dalam merasmikan Mesyuarat Agung Tri-Tahunan Parti STAR 2024 di sini, kelmarin.

Presiden STAR Datuk Seri Panglima Jeffrey Kitingan telah merasmikan mesyuarat berkenaan.

Alviana menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua perwakilan yang hadir.

Menurutnya, mandat diberikan oleh perwakilan bukan menjadi platform untuk mempopularkan diri sendiri, sebaliknya ia adalah tanggungjawab yang berat bagi membantu Presiden untuk memastikan calon GRS menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Beliau memberikan jaminan akan memastikan STAR Melalap akan terus turun padang untuk menambah keahlian di setiap cawangan.

Oleh itu, beliau juga berharap komponen GRS Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap akan dapat mengadakan mesyuarat bersama bagi membincangkan isu-isu semasa politik.

Katanya, PRN Sabah semakin hampir tetapi komponen GRS Melalap masih berjalan bersendirian.

— TAMAT

Exit mobile version