Site icon Sabah Baru News

MTPN berjaya mendapat tajaan daripada 100plus

KOTA KINABALU: Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Cawangan Sabah dengan bangga mengumumkan bahawa 100plus telah menjadi penaja utama untuk acara ‘Run for Rights 2024’.

Yang Dipertua MTPN Sabah, Kevin Lo Kian Min berkata, MTPN Sabah dalam kenyataan berkata, acara itu akan diadakan pada 21 Julai 2024 di Taman Awam Teluk Likas. 

Katanya, tajaan ini merupakan satu pencapaian penting dalam usaha MYPN untuk mempromosikan hak-hak pengguna dan kesedaran komuniti.

“MTPN ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada 100plus atas sokongan dan komitmen mereka terhadap usaha kami. 

“Tajaan mereka bukan sahaja akan membantu kami menampung kos penganjuran acara ini tetapi juga membolehkan kami menyediakan bahan pendidikan, minuman isotonik untuk para peserta.

“Kerjasama ini menggambarkan nilai-nilai bersama kedua-dua organisasi dalam membina komuniti yang berinformasi dan berdaya.

“Dengan sokongan 100plus, kami yakin bahawa acara ini akan menjadi satu kejayaan besar dan satu langkah maju yang penting dalam usaha advokasi kami,” katanya.

Beliau berkata, ‘Run for Rights 2024’ diadakan untuk meningkatkan kesedaran tentang lapan hak asas pengguna iaitu; hak untuk keselamatan, hak untuk maklumat, hak untuk memilih, hak untuk didengari, hak untuk keperluan asas, hak untuk pampasan, hak untuk pendidikan pengguna, dan hak untuk alam sekitar yang sihat.

Katanya, acara ini dijangka menarik peserta daripada pelbagai latar belakang, semuanya bersatu dalam matlamat bersama untuk mempromosikan hak-hak pengguna.

“Kami menjemput semua orang untuk menyertai kami di ‘Run for Rights 2024’ dan menjadi sebahagian daripada pergerakan penting ini. 

“Bersama-sama dengan 100plus, kami teruja untuk memperjuangkan hak-hak pengguna dan memberi impak yang berpanjangan kepada komuniti kita,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini dan cara untuk menyertai, sila layari Laman Facebook MTPN Sabah – Majlis Tindakan Pengguna Negara Sabah.

Exit mobile version