Site icon Sabah Baru News

Christian terharu ADUN Bingkor hulur sumbangan

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik mengambil pendekatan untuk membantu salah seorang penduduk dari Kampung Jaya Baru Liawan, Christian Charles yang mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di Matrikulasi Labuan.


Christian ketika ditemui berkata, beliau amat terharu dengan sumbangan daripada Robert lebih-lebih lagi beliau dijangka akan bertolak ke pusat pengajian itu pada penghujung bulan ini.


Sumbangan itu menurut Christian amat bermakna sekali memandangkan ia dapat membantunya dalam membiayai kos yuran, pembelian kelengkapan belajar, keperluan tinggal asrama, wang saku, dan pengangkutan dari Keningau ke Labuan.


“Dengan adanya sumbangan kewangan dari Robert, sudah tentu dapat meringankan bebanan saya untuk menyambung belajar,” katanya.


Dalam pada itu, ibu Christian, Sabrina Francis yang turut serta mengiringi anaknya sempat merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Robert atas keikhlasan membantu anaknya dengan menghulurkan sumbangan itu.


Kata Sabrina, Robert adalah wakil rakyat yang sungguh prihatin kerana tidak memilih sesiapa saja malah memberikan layanan yang sama rata.

 
“Contohnya, saya dari kawasan Liawan tetapi Robert memberi layanan kepada kami sama seperti di kawasannya, ” katanya.

-utusanborneo

Exit mobile version