Site icon Sabah Baru News

Kisah politikus hilang kuasa bertukar serba tahu

Kini mereka (politikus hilang kuasa) berhujah bagaikan pakar dalam segala bidang, seperti seorang prof mata pelajaran ekonomi berhujah berkaitan teori permintaan dan penawaran, apabila bersilang menentukan harga. - Gambar hiasan

RATA-RATA pemimpin pembangkang di Sabah hari ini pada suatu ketika lalu mempunyai kuasa termasuk Ketua Menteri, Menteri, pembantu menteri termasuk pengerusi GLC dan jawatan-jawatan lain.

Semasa mereka mempunyai kuasa dan kedudukan, tidak pula menunjukkan kebolehan yang bersifat serba tahu, melainkan berkeadaan seperti kera mendapat bunga, ada yang bertindak seperti tikus membaiki labu.

Pada ketika mereka tiada kuasa, kedudukan, dan kini sebagai pembangkang, mereka menunjukan kebolehan serba tahu, apabila setiap tindakan kerajaan semuanya tidak betul, dan mencadangkan suatu yang cantik atas kertas tetapi tidak praktikal.

Mereka mengaburi rakyat dengan harapan setinggi langit, dengan cadangan-cadangan cantik dan mengiurkan.

Kerajaan hari ini yang diketuai Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor bersama-sama dengan barisan pemimpin lain bukan sahaja berkomited akan tetapi beriltizam tinggi untuk mencapai, merealisasikan harapan dan aspirasi rakyat, dan kemudiannya mengurusnya sebaik mungkin demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.


Mereka berhujah bagaikan pakar dalam segala bidang, seperti seorang prof mata pelajaran ekonomi berhujah berkaitan teori permintaan dan penawaran, apabila bersilang menentukan harga.

Mencapai kejayaan dan kemudiannya mengurusnya tidak mudah, kerana memerlukan komitmen dan kesungguhan yang berterusan.

Kerajaan hari ini yang diketuai Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama-sama dengan barisan pemimpin lain bukan sahaja berkomited akan tetapi beriltizam tinggi untuk mencapai, merealisasikan harapan dan aspirasi rakyat, dan kemudiannya mengurusnya sebaik mungkin demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

Peningkatan hasil kutipan, kedatangan pelabur, peningkatan nilai dagangan bukan datang bergolek, akan tetapi menerusi kesungguhan dan komitmen.

Memang diakui, kerajaan hari ini masih mewarisi budaya lama terutama di kebanyakan syarikat berkaitan kerajaan yang menyebabkan tidak keupayaan bergerak ke hadapan, dan menanggung kerugian dalam operasi, dan tentunya tidak dapat menunaikan tanggungjawab membayar dividen pada kerajaan. Budaya yang diwarisi itu sedang ditangani bagi pihak kerajaan oleh Menteri kewangan Negeri Datuk Seri Haji Masidi Manjun.

Apabila budaya lapok dapat ditangani dan berubah ke arah berkemajuan, maka syarikat-syarikat itu akan menyumbang kepada pencapaian kerajaan.

Jelas sudah pada rakyat, para pemimpin yang dapat merealisasikan harapan dan aspirasi rakyat, maka adalah kerugian besar jika tidak meneruskannya. Atas sebab itu, kepada rakyat Sabah secara umum, jangan lagi terpedaya dengan janji-janji bulan bintang daripada para pemimpin yang pernah diberi kuasa akan tetapi tiada kemampuan menterjemahkan kuasa untuk mencipta kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

Exit mobile version