Site icon Sabah Baru News

Gagasan Rakyat Luyang sumbang air mineral kepada mangsa banjir

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Luyang Datuk Hajah Ruhsimah Haji Zakaria (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Moyog Datuk Ceasar Mandela Malakun (tengah) di Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir, ITCC untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir.

PENAMPANG: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Luyang telah menyalurkan bantuan air mineral bagi membantu mangsa banjir yang terkesan di Penampang  sebentar tadi.

Sumbangan tersebut telah diserahkan sendiri oleh Ketua bahagiannya Datuk Hajah Ruhsimah Haji Zakaria kepada Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Moyog Datuk Ceasar Mandela Malakun di Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir, ITCC  untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir.

Ruhsimah turut diiringi oleh Naib Ketua Bahagian Tuan Tuan Sairin Saidin , Biro Kebajikan Gagasan Rakyat Luyang merangkap Timbalan Pengerusi Tetap Bahagian Datin Jahara Mohd dan AJK Bahagian Nazrin Serin.

Ruhsimah turut diiringi oleh Naib Ketua Bahagiannya Sairin Saidin (kiri) semasa menyampaikan sumbangandi Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir di ITCC Penampang.

— TAMAT

Exit mobile version