Site icon Sabah Baru News

Sukarti kekal Pengerusi SPANS

WATIKAH: Hajiji, Jeffrey dan Safar bergambar bersama Ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah selepas menyerahkan watikah pelantikan.

KOTA KINABALU: Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman dilantik semula sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Julai 2024.

Mantan Pegawai Daerah Datuk Stephen Laison Sondoh dilantik sebagai Timbalan Pengerusi SPANS bagi menggantikan Datuk Cladius Roman.

Daripada tujuh Ahli SPANS yang dilantik, dua adalah muka baharu iaitu Datuk Patrick Tan Su Teck dan Luvita Koisun.

Lima Ahli SPANS yang dilantik semula ialah Datuk Idrus Shafie, Datuk Janet Chee Ken Liam, Awang Jami @ Awang Shamsi, Ariffin Gadait dan Iman Ali.

Mereka menerima watikah pelantikan daripada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong; Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Datuk Zainudin Aman dan Setiausaha SPANS Diana Daria Amit.

— TAMAT

Exit mobile version