Site icon Sabah Baru News

Hajiji bangkit isu Palauh, banjir dalam Mesyuarat JKKN

Ketua Menteri , Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri Sabah di Menara Kinabalu, di Kota Kinabalu pada Khamis.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Sabah (JKKN), yang membincangkan pelbagai isu semasa yang berlaku di negeri ini.

Dalam mesyuarat yang berlangsung di Menara Kinabalu di sini hari ini, beliau mengarahkan semua ketua dan jabatan yang berkaitan mengambil tindakan tegas dan pantas dalam menangani isu-isu semasa yang berlaku di negeri ini seperti isu masyarakat Palauh dan banjir.

Hajiji turut menegaskan tidak mahu isu-isu semasa itu menjadi lebih besar hingga menjejaskan reputasi negeri dan negara di luar negara.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong; Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Makhzan Mahyuddin; Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun; dan Pengarah Keselamatan Negeri merangkap Setiausaha JKKN Sabah Datuk Noor Alam Khan A Wahid Khan serta ketua-ketua jabatan.

— TAMAT

Exit mobile version