Site icon Sabah Baru News

SMK Lok Yuk dan SK Sembulan juara Seni Warisan Juara Limbai 2024

JUARA: Hajiji menyampaikan hadiah kepada juara kategori sekolah menengah SMK Lok Yuk.

TUARAN: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lok Yuk dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sembulan muncul juara pertandingan Seni Warisan Juara Limbai 2024 di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Kampung Lok Batik, di sini, semalam.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menyampaikan hadiah kepada pemenang yang dirakamkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) semasa acara berkenaan.

SMK Lok Yuk dan SK Sembulan masing-masing menerima hadiah berupa wang tunai RM7,000, trofi dan sijil kemenangan dalam kategori sekolah menengah dan rendah.

Hajiji turut menyampaikan hadiah kepada penari lelaki dan wanita terbaik dalam kedua-dua kategori berkenaan.

Edisi kedua pertandingan Seni Warisan Juara Limbai itu dianjurkan bersama oleh kerajaan negeri dan RTM Sabah dengan sokongan rakan strategik Jabatan Pendidikan Sabah, Lembaga Kebudayaan Sabah, Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah dan AJ Productions.

Sementara itu, Pengarah Penyiaran Sabah, Salmah Hashim berkata, rakaman secara langsung itu akan disiarkan di TV2 pada pukul 9 malam pada 20 Julai ini.

TAMAT

Exit mobile version