Site icon Sabah Baru News

Jika Shafie rasional tidak akan samakan isu sukuk SMJE dan bon 1MDB

Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal .

SEPERTI dibentangkan di mahkamah bon 1MDB disalurkan pada akaun yang tidak kena mengena dengan tujuan bon tersebut, manakala SUKUK SMJ Energy (SMJE) selain jelas tujuannya, juga entiti yang memberi pinjaman menerima bayaran.

SUKUK yang diterbitkan menebus bon Bank Pembangunan Sabah (SDB) bernlai RM700juta yang diterbitkan semasa mengambilalih Sabah International Petroleum (SIP) dan RM200juta dibayar kepada CIMB bank pinjaman SIP.

Tidak ada penyaluran dana yang diperolehi melalui Sukuk SMJE bernial RM900 juta kepada mana-mana akaun lain yang tiada kena mengena dengan tujuan perbitan SUKUK tersebut.

Mengapa kerajaan melaksanakan penstrukturan SDB dan SIP melibatkan SMJE? sebabnya bon yang diterbitkan SDB untuk mengambilalih SIP berkupon 7 peratus, manakala SUKUK SMJE berkupon 4 peratus. Makna kata obligasi kupon berkurang, yang membawa erti SDB menjimat faedah.

Menerusi penstrukuturan tersebut SDB menjimat kupon RM35juta setahun, manakala SIP RM60juta setahun.

Mengapa SMJE berminat dengan SIP? sebabnya kerana pegangan 10 peratus pada LNG9 Bintulu yang berpenghasilan RM150 juta setahun untuk 13 tahun atau bersamaan RM1.950bilion.

Mengapa tidak membiarkan SIP memperolehi hasil itu pada masa sama dapat membayar obligasi kupon? Sebabnya kerajaan berpendapat, adalah lebih baik obligasi kupon SIP dijimatkan, berbanding dibayar pada pemberi pinjaman.

Mengapa SDB perlu diselamatkan daripada beban kupon yang tinggi? Sebabnya SDB adalah entiti milik kerajaan negeri. Kerajaan berpendapat jika ada cara mengurangkan beban kupon, mengapa tidak dipilih kaedah tersebut.

Apa kelebihan pengwujudan SMJE? Kelebihan menerusi penstrukturan tersebut, SMJE sertamerta mendapat hasil RM397juta, oleh kerana SIP milik penuh SMJE, maka SIP menyumbang RM271juta sejak pengambilalihan. Di pihak yang sama SIP tiada beban hutang, ertinya pegangan 10 peratus pada LNG9 adalah keuntungan bersih dan sekali gus juga pendapatan SMJE.

Jika Presiden Parti Warisan rasional, maka tidak akan sanggup mendakwa penerbitan SUKUK SMJE sama dengan kemelut 1MDB.

Sepatutnya Shafie sedar penerbitan SUKUK SMJE telah diiktiraf oleh The Edge sebagai “perjanjian pengumpulan dana bukan IPO terbaik bagi tahun 2023” dan mendapat penarafan AAA oleh RAM Rating.

Selain itu Presiden Warisan itu perlu bangga, masalah SDB yang dibebani kupon tinggi terlepas daripada beban itu, dan dapat berfungsi sebagai bank yang dapat membiayai pembangunan di Sabah seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya.

Penulis maklum, Shafie mengambil peluang berkaitan kemelut 1MDB menjelang PRU-14 yang menyebabkan Barisan Nasional tumbang, dan Warisan dapat menafikan penguasaan BN di Sabah. Akan tetapi, peluang yang cuba dimanfaatkan itu, adalah peluang yang sama sekali silap dan tidak betul, kerana SUKUK SMJE dan BON 1MDB sangat berbeza seperti kata Datuk Haji Masidi Manjun pada 10 Julai di DUN Sabah semasa menjawab soalan Datuk Shafie Apdal antara SUKUK SMJE dan BON 1MDB ibarat langit dan bumi.

Kepada rakyat Sabah jangan sesekali terpedaya apa yang diperkatakan oleh Shafie atau pembangkang berkaitan SUKUK SMJE, kerana tindakan tersebut adalah satu penyelesaian menang-menang berkaitan isu-isu yang diwarisi Kerajaan hari ini.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

Exit mobile version