Site icon Sabah Baru News

Rumah kita, kita jaga

SANTAI: Hajiji (tengah) bersama para Presiden komponen GRS meluangkan masa minum lewat petang.

APABILA sesebuah parti meninggalkan asas perjuangan, ianya membawa erti, para pemimpin parti itu tidak yakin pada asas perjuangan.

Parti Warisan apabila ditubuhkan misi utama nyahkan Umno daripada bumi Sabah, sebab itu pada PRU-14 (2018) hanya meletakan calon di kawasan yang ditandingi UMNO dan BN, manakala kawasan tradisi PH, parti itu tidak meletakan calon, tetapi misi itu kini tidak tergunapakai lagi, sebabnya Warisan dan Umno berpakat pada 6 Januari 2023 untuk menumbuhkan kerajaan negeri, tetapi gagal mendapatkan kerusi mencukupi.

Mengapa Warisan menang banyak kerusi di kawasan tradisi UMNO? sebabnya rakyat bersetuju supaya parti itu pulang ke tempat asal, pun demikian apabila Warisan membentuk kerajaan kerana bantuan ADUN Umno dan UPKO, maka misi parti itu terbatal dengan sendirinya.

Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal .

Apabila rakyat melihat, bahawa parti itu tidak meneruskan misi/perjuangan, maka beberapa kerusi dimenangi pada PRU-14 gagal dipertahankan pada PRN-16 Sabah dan PRU-15.

Untuk refresh kehendak dan aspirasi rakyat Sabah perlu diwakili parti tempatan, maka Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ditubuhkan yang dianggotai 100% parti tempatan.

Pengalaman rakyat Sabah lebih setengah abad telah menjadi panduan, bahawa tiada kaedah lain untuk rakyat dan negeri bergerak ke hadapan melainkan dengan konsep RUMAH KITA, KITA JAGA.

Kerajaan hari ini yang diketuai Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor bersama-sama dengan barisan pemimpin GRS bukan sahaja berkomited akan tetapi beriltizam tinggi untuk mencapai, merealisasikan harapan dan aspirasi rakyat, dan kemudiannya mengurusnya sebaik mungkin demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

Berpandukan SabahFirst, SabahForward, SabahProsper dan SabahUnited demi Sayangi Sabah, maka GRS memberi jaminan pada rakyat dan negeri, bahawa masa depan akan cerah, dan seterusnya menuju kemakmuran dan kesejahteraan.

Oleh kerana akyat negeri secara umum telah menerima misi/perjuangan GRS, maka pemimpin Warisan dan Umno cuba sedaya upaya mempengaruhi rakyat dengan pembohongan dan fitnah, untuk memalitkan imej tidak baik pada kerajaan GRS, antaranya memutar belit berkaitan kedudukan infrastruktur, isu-isu syarikat berkaitan kerajaan seperti isu SUKUK SMJE dan pembinaan Pan Borneo, sedangkan pemerintahan GRS adalah satu pemerintahan yang tidak pernah dirasakan rakyat negeri ini daripada segi tindakan membela rakyat.

Terlalu banyak tindakan kerajaan Sabah hari ini tidak pernah dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan sebelum ini antaranya bantuan-bantuan kepada pelajar/mahasiswa untuk melanjutkan pendidikan menerusi penyediaan dana yang mencukupi.

Juga daripada segi pengupayaan menambah hasil negeri, yang mana lebih setengah abad sumber pendapatan hanya tertumpu pada hasil-hasil daripada daratan seperti penebangan kayu kayan, tetapi kini meneroka lautan menerusi EKONOMI BIRU kerana potensi lautan berkali ganda berbanding hasil daripada daratan.

Selain itu memaksimumkan keupayaan dalam pengurusan kewangan, dapat menggunakan pengurusan kewangan untuk menambah hasil menerusi bayaran obligasi kupon terbitan bon, seperti yang dilaksanakan menerusi penstrukturan SDB-SIP-SMJE, apabila obligasi kupon 7 peratus menjadi 4 peratus.

Bukan itu sahaja, terimaan daripada Persekutuan berpandukan MA63, telah ditingkatkan lebih 10 kali ganda, daripada kurang RM30juta setahun sejak tahun 1974 kepada RM300juta. Kerana tambahan terimaan ini, maka kerajaan negeri mengwujudkan rumah mesra SMJ yang membina 20 unit rumah setiap DUN setiap tahun untuk rakyat yang tidak berumah.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

Exit mobile version