Site icon Sabah Baru News

Sampai bila rakyat Sabah menjadi “guinea pigs” orang politik?

TIADA siapa yang boleh menghentikan rakyat Sabah menjadi "guinea pigs" (uji kaji) orang politik melainkan rakyat Sabah sendiri.

TIADA siapa yang boleh menghentikan rakyat Sabah menjadi “guinea pigs” (uji kaji) orang politik melainkan rakyat Sabah sendiri.

Rakyat Sabah kena bina Sabah Baru untuk menghentikan tindakan parti-parti yang sekian lama mengunakan Sabah untuk uji cuba, termasuk pada suatu ketika menggelar Sabah sebagai “Fixed Deposit”.

Rakyat Sabah perlu terus pandang ke hadapan, berpegang pada asas, SABAH FIRST, RUMAH KITA, KITA JAGA.

Dengan membiarkan si luncai terjun dengan labu-labunya, maka pengelibatan parti-parti yang bukan bermisi SabahFirst, Rumah Kita, Kita Jaga akan menjadi sekadar merancakkan pesta demokrasi.

Yakin lah selagi ada rakyat negeri bersedia untuk dijadikan uji cuba politik, maka parti-parti akan terus menggunapakainya. Para pemimpin parti berkaitan akan terus mencuba, kerana sokongan rakyat Sabah pada parti-parti itu memperkuat kedudukan mereka sebagai pemimpin untuk mengekalkan kedudukan atau status.

Apa yang rakyat Sabah tidak sedar, bahawa di sebalik tindakan parti-parti bersama pemimpin parti-parti itu bukan bermatlamat membela untung nasib rakyat dan negeri, kerana fakta menunjukkan lebih setengah abad, harapan dan aspirasi rakyat dibiarkan seperti melepas batuk di tangga.

Rakyat Sabah diwariskan dengan kemudahan asas yang daif, berbagai masalah rumit yang tidak dapat diselesaikan dalam masa singkat melainkan perlu masa, kewangan dan komitmen yang tinggi.

Parti-parti yang sama masih cuba menjual naratif lapuk, dengan menganeka ragam pendekatan, sedangkan natijahnya matlamatnya sama, rakyat Sabah dijadikan tunggangan untuk mengekalkan kedudukan, status dan kuasa.

Sudah-sudah lah, rakyat Sabah perlu bangun, dan perlu merealisasikan SABAH BARU, menerusi SABAHFIRST, SABAHFORWARD, SABAHPROSPER DAN SABAHUNITED DEMI SAYANGI SABAH.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

Exit mobile version