Site icon Sabah Baru News

Flovia adakan kunjungan hormat ke atas Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Masyarakat Sarawak

Flovia merakamkan kenangan bersama Fatimah di Sesi Perkongsian Memperkasa Wanita: Majikan Memperjuangkan Perubahan sempena Hari Wanita Sarawak 2024 (HW24) yang diadakan di Hotel Raia, Kuching pada Jumaat.


KUCHING: Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Flovia Ng bersama delegasi adakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah.

Pertemuan Flovia selaku wakil rakyat wanita daripada Sabah dengan Fatimah wakil rakyat wanita daripada Sarawak berlansung pada Jumaat petang di Wisma Wanita di Kuching.

Tujuan utama kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk memupuk  kerjasama antara Kementerian masing-masing.

Di samping itu,melalui pertemuan ini kedua-dua pihak saling berbincang dan berkongsi pandangan mengenai isu-isu wanita, Masyarakat dan keluarga.

SELAMAT DATANG:Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah menyampaikan ucapan selamat datang kepada delegasi Sabah yang diketuai oleh Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Flovia Ng .


Turut menyertai delegasi yang diketuai oleh Flovia, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA), Puan Haslina Ismail dan Penolong Pengarah JHEWA Puan Noor Intan binti Basar .


Terdahulu, Timbalan Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu menghadiri Sesi Perkongsian Memperkasa Wanita: Majikan Memperjuangkan Perubahan sempena Hari Wanita Sarawak 2024 (HW24) di Hotel Raia anjuran Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak yang disempurnakan oleh Dato Sri Fatimah Abdullah yang juga merupakan Ketua Wanita Gabungan Parti Sarawak (GPS).

— TAMAT



Exit mobile version