Site icon Sabah Baru News

Kedudukan GRS Kukuh di Tambunan

Datuk Jalumin Bayogoh ialah Pengarah Komunikasi Parti Star. Beliau merujuk kepada video yang dimuat turun olehTIKTOKER pro Barisan Nasional Suara-mahraen baru-baru ini.

TAKTIK TIKTOKER pro Barisan Nasional Suara-mahraen mengarang cerita karut mengaitkan komponen Gabungan Rakyat Sabah( GRS) dimuat naik dalam media sosial tersebut baru-baru ini sebagai penarik perhatian. Namun demikian tiadak ada yang percaya carutan ini kecuali sipembuat cerita dan dalang.

Nampaknya dalang masih tidak dapat menerima bahawa BN bukan lagi sebahagian kerajaan negeri kerana tindakan tamak Datuk Bung Moktar Radin untuk mengulingkan kerajaan negeri.

Memutar belit kemasukan mantan kakitangan kerajaan negeri bersama-sama 1000 orang ke Parti Gagasan Rakyat yang merupakan salah satu komponen GRS tidak melibatkan mana-mana parti komponen.
Mereka ini datangnya daripada mantan ahli parti – parti lain dan mereka yang tidak berparti.

https://www.sabahbarunews.com/wp-content/uploads/2024/07/1000315549-1.mp4
Video yang dimuat turun olehTIKTOKER pro Barisan Nasional Suara-mahraen baru-baru ini. Pengarah Komunikasi Parti Star menegaskan kedudukan GRS tetap kukuh di Tambunan.

Taktik mengadu domba pemimpin GRS, tidak akan berkesan.

Barisan kepimpinan GRS di semua peringkat sangat maklum apa yang berlaku di peringkat akar umbi.

Mengarang cerita berkaitan kedudukan Presiden STAR Datuk Seri Panglima Dr Jeffery G Kitingan dan Presiden Gagasan Rakyat yang juga Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bukan sahaja lucu malah orang palui sahaja yang percaya.

Nampaknya Barisan Nasional ketiadaan modal politik lagi sehingga terpaksa menggunakan orang palsu sebagai penyampai cerita karut.


*Datuk Jalumin Bayogoh ialah Pengarah Komunikasi Parti Star

Exit mobile version