Site icon Sabah Baru News

Tiga penduduk di Liawan terima kunci rumah SMJ

SIMBOLIK: Annuar menyerahkan simbolik kunci rumah SMJ kepada salah seorang penerima.

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman menyerahkan simbolik kunci rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) kepada tiga orang penerima di DUN Liawan dalam satu program yang diadakan bersama-sama pemimpin masyarakat.


Antara penerima rumah SMJ ialah Justinus Kamang dari Kampung Gaulan, Adli Irod (Kampung Meninipir Baru) dan Voo Siew Yun (Kampung Batu 27).


Semasa penyerahan itu, Annuar berkesempatan beramah mesra dengan penduduk kampung yang ditemui ketika menyerahkan simbolik kunci rumah SMJ.

ALBUM: Annuar dan rombongan merakamkan gambar kenangan diatas jambatan konkrit yang merentangi Sungai Kauran di Kampung Kauran-Mempikit Laut yang telah siap sepenuhnya.

Pemimpin masyarakat yang bersama-sama Annuar dalam program itu ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Liawan Fred Toyong; Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Adzra Addy Jasni; Ketua Masyarakat Cina (KMC) Keningau, Kapitan Anthony Chong Kong Ming dan petugas di Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Liawan serta Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen (PKRP) Keningau.


Sempena program turun padang itu, Annuar mengambil peluang untuk meninjau jambatan konkrit di Kampung Kauran-Mempikit Laut merentangi Sungai Kauran yang siap sepenuhnya dan kini boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.


Beliau berharap kemudahan itu akan memberi manfaat serta keselesaan kepada masyarakat setempat dalam menjalankan aktiviti seharian berbanding sebelum ini.

— Kenneddy Corlleus

Exit mobile version