PEMIMPIN parti Warisan termasuk pencacai parti itu, tiada modal politik lagi selain memutar belit, mengaku hasil kerja orang lain, berjanji bulan bintang, semata-mata untuk mendapat sokongan rakyat.
Yakin dan percaya, pemimpin yang hilang kuasa kerana ditolak rakyat, akan berusaha apa sahaja termasuk bergayut di dahan rapuh, kerana mereka tahu mereka tidak rugi apa-apa menerusi tindakan itu, kerana tidak perlu menunaikan apa yang dijanjikan.
Jika rakyat terperdaya lalu menyokong, rakyat akan berputih mata, atas sebab apa yang dijanjikan tidak akan dapat ditunaikan.
Para pemimpin yang berjanji bulan bintang, sebenarnya mereka tidak tahu mengurus/memerintah, dan apabila diberi peluang akan membuat tindakan menyusahkan rakyat. Tindakan bodoh yang dilakukan pemimpin Warisan semasa berkuasa adalah menamatkan Project Delivery Partner (PDP) Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) sektor Sabah, kesannya pembinaan tertangguh dan tidak siap menurut jadual; selain itu penamatan “out sourcing” bekalan air bersih telah menyumbang gangguan bekalan air seluruh Sabah, bukan itu sahaja kerajaan terpaksa membayar pampasan ratusan juta ringgit.
Paling malang sekali, selama 22 bulan memerintah, ekonomi Sabah hampir musnah apabila mengalami penguncupan negatif 9.2 peratus (-ve 9.2%) pada tahun 2020. Selain itu rezab kewangan negeri dijarah kononnya untuk kos menanggung kesan covid-19, sedangkan ianya diberikan pada kroni-kroni untuk kaya cepat.
Bukan main para penyokong Warisan semasa kerajaan Shafie, rata-rata berduit, gaya hidup berubah, kenderaan mahal, jangan lupa yang bermain jackpot, sekali bet RM880. Kini para “pemain” itu hilang tanpa kesan, sehinggakan kelab-kelab slot lengang. Mungkin kementerian kewangan ada data kutipan daripada kelab-kelab penyedia mesin slot, apa kah kutipan ada perbezaan era Warisan dan era sekarang atau era Barisan Nasional.
22 bulan pemerintahan Warisan adalah detik hitam pemerintahan negeri, kerana kerajaan negeri dijadikan sebagai syarikat sendirian berhad atau enterprise, kerana dipenuhi suku sakat, satu daerah, satu kawasan.
Para wakil rakyat yang diberi jawatan, menggunakan peruntukan sebagai harta sendiri, membuat lawatan ke luar negara, bagaikan pelancong kaya, sambil menunjuk-nunjuk, selfie/wefie sana sini, bagaikan bintang-bintang filem tersohor.
*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .